Konsert Romansa Kris Dayanti

Konsert berskala besar Iaitu Konsert Romansa Krisdayanti akan melakar sejarah peribadi penyanyi Indonesia itu kerana Krisdayanti akan menyampaikan lebih 25 buah lagu popular sepajang dua dekad sebagai penyanyi. Tiket bagi menyaksikan persembahan Krisdayanti di Istana Budaya pada 24 hingga 26 Februari 2017 sudah dijual kepada umum pada Isnin. Lebih menarik lagi, konsert solo pertama penyanyi berusia 41 tahun ini juga bakal diiringi sepenuhnya oleh penggiat muzik Malaysia termasuk Aubrey Suwito yang bakal bertindak sebagai pengarah muzik.

Krisdayanti – “Bukan sekadar lokasinya di Istana Budaya yang begitu berprestij dan menjadi impian saya selama ini, malah konsert Krisdayanti Romansa 2017 ini nanti adalah satu sejarah dalam kerjaya nyanyian saya sendiri. “Saya bakal mengadakan persembahan sepanjang tiga malam berturut-turut. Ia adalah sesuatu yang luar biasa dan teramat istimewa khususnya buat peminat muzik saya,”Antara lagu popular yang bakal disampaikan penyanyi itu ialah Menghitung Hari, Hati Ini Telah Dilukai, Mencintaimu, Aku Wanita Biasa, Cinta dan Pilihlah Aku.

Malah, Krisdayanti menerusi konsert yang dibawakan oleh Neo Global Sdn Bhd dan Belbis Sdn Bhd itu akan mengundang beberapa bintang ternama Malaysia Iaitu Saleem , Ning Baizura dan penampilan istimewa Zulin Aziz.Justeru kepada peminat yang tidak mahu ketinggalan untuk turut sama menjadi sebahagian daripada sejarah bagi acara tiga malam berturut-turut bersama Krisdayanti di Istana Budaya nanti, bolehlah mendapatkan tiket-tiket dengan melayari www.myticket.asia.

SuriaFM stesen radio popular di Malaysia yang banyak menyokong karier Krisdayanti akan bertindak sebagai Radio Rasmi. Justeru itu, Peminat Krisdayanti juga boleh mendapatkan tiket di laman Facebook rasmi penganjur di NeoBel Indulgence Series.

Harga tiket ialah RM118, RM258, RM358, RM458 dan RM588

Nikmati malam anda dengan alunan muzik yang hebat serta kelunakan suara Kris Dayanti dalam Konsert  Romansa pada 24th hingga 26th Februari. Bagaimana? Senang je, lihat caranya dibawah :

1) Jadi pemanggil pertama selepas mendengar isyarat memanggil di Suria Pagi dan Suria Petang

2) Dengarkan sedutan lagu popular Krisdayanti dan korang perlu menyambung lagu dengan lirik yang betul.

3) Jika lirik korang betul, korang bakal memenangi 2 pas eksklusif yang bernilai RM588 setiap satu

 Terus dengarkan Suria FM selaku Radio Rasmi Konsert Romansa Kris Dayanti.

poster-a3-baru_ol

76-rsf_9155

77-rsf_9158