Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  March 17th, 2017          |          Kategori : Gaya

10 Gaya Pemanduan Yang Akan Membongkarkan Personaliti Anda!

Haa tahu tak gaya pemanduan dapat membongkarkan personaliti anda yang sebenar tanpa anda sedar! Menurut Tom Vanderbilt iaitu pengarang buku Traffic: Why We Drive The Way We Do and What It Says About Us, ramai di antara kita yang menghabiskan lebih banyak masa di jalan raya berbanding makan bersama keluarga.

image

Ia dikuatkan lagi dengan kajian beliau dimana bukanlah 100% ada telah tepat tetapi ia masih mempunyai persamaan yang sama dengan perwatakan anda.

1

Perfectionist

Wah! Anda seorang yang sangat patuh pada peraturan. Bukan itu sahaja, anda juga mempunyai pendirian tetap dan menganggap setiap apa yang dilakukan perlu mengikut apa yang sudah ditetapkan. Bagus!

2

Cool

Anda merupakan manusia yang jenis tidak mengambil kehidupan sebagai sesuatu yang serius. Kalau anda sedang berhadapan dengan situasi yang tegang sekalipun, anda akan lebih mengambil pendekatan yang tenang dan bersahaja. Anda juga adalah ‘tempat’ untuk keluarga dan rakan-rakan ketika mereka memerlukan.

3

Minimalis

Seorang yang tidak suka menyusahkan diri sendiri dan lebih senang kalau ada kawan yang bersikap terus terang dan jujur. Anda hanya suka berkawan dengan beberapa teman rapat sahaja dan tidak suka untuk menambah kawan. Segi fesyen pula, anda suka memilih warna hitam.

4

Pengembara

Seorang yang berani mengambil risiko dan gemar hidup menyendiri. Sukakan aktiviti yang mencabar seperti bungee jumping dan terjun udara. Dalam soal cinta pula, anda tidak takut untuk mengharungi situasi bercinta bersama pasangan dan kerana sikap anda yang menyenangkan itu, anda akan lebih dihormati oleh pasangan.

5

The Boss

Mempunyai nilai kepimpinan semula jadi dan berpengetahuan luas ketika mengambil alih situasi dengan cara yang jelas dan tegas. Individu lain akan mendapatkan nasihat daripada anda kerana mempercayai kebolehan yang anda ada dalam mengatasi segala masalah.

6

Penyokong

Seorang yang ceria di kalangan keluarga dan kawan-kawan. Sangat suka melihat orang lain gembira dan tidak kedekut dalam memberikan sokongan ketika mereka memerlukannya. Anda juga merupakan seorang pendengar yang baik dan menjadi tempat untuk rakan-rakan meminta pendapat dan nasihat.

7

Pengaman

Tidak suka terlibat dalam konflik dan situasi yang membuatkan anda berasa tidak selesa. Kalau anda sudah mula meninggikan suara, itu petanda yang anda sudah hilang sabar! Anda juga jenis yang tidak mahu masuk campur dalam apa jua pergaduhan tetapi anda akan menjadi pengaman untuk menyelesaikan masalah itu.

8

Pelawak

Seorang yang kelakar dan lebih memilih kehidupan yang gila-gila merupakan personaliti diri anda yang sebenar! Suka membuat lawak secara spontan dan disenangi oleh semua orang.

9

Gementar

Ha, cara pemanduan ini menunjukkan anda seorang yang merasa was-was dan sering bimbang. Anda akan menyemak kerja berulang kali untuk memastikan segalanya dalam keadaan yang terkawal. Anda lebih suka melakukan sesuatu perkara yang menyeronokkan dan akan menjauhkan diri daripada aktiviti berisiko tinggi.

10

The Bulldozer

Daripada membuang masa pada penyelesaian masalah, anda lebih suka untuk meredah segala masalah yang ada. Anda dikagumi oleh orang lain dan mereka boleh bergantung pada anda untuk mendapatkan apa yang dihajatkan. Bukan itu sahaja, anda  juga seorang yang mempunyai pendirian dan matlamat yang jelas.

Sumber : littlethings