Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 15th, 2017          |          Kategori : Hubungan

5 Perangai BURUK Bakal Pengantin Zaman Sekarang. Ada Yang Terasa?

Bukan nak kata apalahkan, tetapi ada segelintir pasangan zaman sekarang suka tayang tentang kehidupannya di media sosial sehingga ada rakan-rakan sudah naik meluat dengan sikap segelintir pasangan itu.

Yela, mungkin bagi pasangan itu benda-benda sebegitu bukanlah hal besar pun tetapi bukan ke lebih elok kalau ia disimpan? Bukan semua benda kita boleh berkongsikan?

Especially untuk bakal pengantin yang suka tayang sana sini. Haa anda rasa anda ada tak 5 ciri-ciri ini? Jom kita lihat antara ciri-cirinya.

#1 Kikis bakal suami

Kalau sudah setiap kali ada sahaja ditayang di Instagram membeli-belah tanpa tujuan apakah semua itu? Ada sahaja barang berjenama hendak dibeli, bukan untuk persiapan perkahwinan tapi untuk adegan menunjuk-nunjuk di laman sosial. Kasihan pula dengan bakal suami, duit simpanan untuk majlis diguna-guna pula bagi aktiviti berfoya-foya. 

#2 Tak nak masak, suka makan di luar

Iya tahu anda ialah seorang wanita berkerjaya, masak? memang tiada masa untuk anda. Tapi sampai bila anda hendak membaja duit di restoran. Kalau restoran biasa-biasa atau kedai tepi jalan tak mengapalah. Ini wah! Wajib menjamu selera di restoran bertaraf tinggi dan yang paling penting kongsi lokasi dan menu hari itu di media sosial. Kan?

#3 Suka show off di media sosial

Apa-apa sahaja mengenai persiapan perkahwinan semuanya mahu diberitahu. Isi telur dalam bekas telur pun nak beritahu dan yang paling kelakar habis semua tajaan dari keluarga atau rakan disampaikan sehingga berulang-ulang kali gambar posting nya.

#4 Buat pinjaman bank untuk majlis perkahwinan

Dilema setiap pengantin jika melibat bajet kewangan tapi semua itu sudah diselesai dengan pelbagai pinjaman tersedia dari pihak bank. Bila orang tua menasihat, degil, tak mahu dengar sebab dalah hati sudah bercita-cita ingin majlis besar. Hai cik adik, cik abang, biar ukur baju di badan sendiri.

#5 Niat kahwin sebab cemburu dengan kawan

Orang itu kahwin, kita pun nak kahwin, walau sebenarnya  belum bersedia lagi. Sifat kematangan terang-terang belum lagi kalau dah 4 perkara diatas menjadi pegangan. Lagilah musim sekarang ramai rakan sebaya mula mendirikan rumah tangga, mencungap rasa cemburu hendak mengejar benda yang sama. Masalahnya apa yang hendak dikejarkan hanyalah ingin mendapat gelaran ‘wedding of the year’. 

Anda ada tak yang macam ini? Kalau ada bawa beristghfar ya.

Sumber : Wanista