Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  January 26th, 2017          |          Kategori : Gaya

7 Petua ‘Awesome’ Untuk Hilangkan Dagu Berlapis

Mesti ada segelintir daripada anda yang mempunyai masalah dagu berlapis kan? Alaaa jangan risau, masalah itu boelh diatasi. Untuk pengetahuan anda, dagu berlapis disebabkan lapisan lemak yang menonjol di bawah dagu.

Wanita kalau tetiba tengok cermin nampak dagu berlapis, terus kontrol makan. Sebenarnya lapisan lemak di kawasan bawah dagu boleh terjadi kepada semua orang, terutama pada orang yang berbadan besar.

Jom tengok beberapa tips mudah untuk menghilangkan lemak di dagu secara semulajadi.

  • Kunyah gula-gula getah

Pakej paling jimat, lemak dagu hilang dan gigi pun bersih serta nafas jadi segar. Sebenarnya gerakan mulut itu yang membuatkan dagu juga bersenam secara tidak langsung.

  • Guna ketulan ais

Letakkan ais di dalam kain kemudian tekapkan ketulan ais di bawah dagu. Tekan dan lepaskan, lakukan gerakan ini sebanyak 20 hingga 30 kali. Amalkan setiap hari, kulit bahagian dagu akan tampak semakin anjal.

  • Senaman Wajah

Lakukan senaman wajah dengan menyebut a,e,i,o,u sebanyak 40 kali. Amalkan senaman ini pada waktu pagi dan malam, secara konsisten. Gerakan mulut yang terhasil daripada sebutan huruf tersebut dikatakan membantu membentuk wajah menjadi lebih menarik.

  • Dongak kepala

Sebaik sahaja bangun daripada tidur, dongak kepala ke atas selama 15 saat. Lakukan sebanyak 10 kali, otot leher menjadi tegang. Bahagian dagu yang berlipat akan berkurangan secara perlahan-lahan.

  • Jaga pemakanan

Tak mahu lemak naik, pemakanan pun kena tolak tepi. Elakkan makanan berlemak, ini membuatkan berat badan mudah naik. Begitu juga dengan wajah, bahagian dagu akan berlapis kalau anda suka mengambil makanan berlemak dan berkolesterol tinggi.

  • Urutan

Gunakan krim atau losen, lakukan urutan dagu secara menaik. Teknik urutan ini membantu memecahkan lemak dan membuatkan kulit di bahagian dagu serta leher semakin anjal. Jangan lupa amal setiap kali sebelum tidur dan bangun tidur. 

  • Tidur tanpa bantal

Jangan tidur nak sedap, pakai bantal tinggi. Kadang baru lepas makan ada yang boleh terus lena. Mana tak jadi double chin! Lebih berkesan jika tidur tidak berbantal, ya. Kalau anda mampu lah. 

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Mingguan Wanita