Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 1st, 2017          |          Kategori : Fesyen & Beauty

7 Tips Mudah & Hebat Untuk Mendapatkan Kulit Flawless

Setiap individu menginginkan kulit wajah yang cantik dan sihat. Bukan senang untuk memiliki kulit yang ‘flawless’ tetapi itu bukanlah sesuatu yang mustahil jika anda benar-benar inginkannya.

Ada banyak cara untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih dan sihat. Antaranya adalah:

  • Rajinkan diri membersihkan skrin telefon bimbit kamu kerana selaga kotoran yang ada di skrin boleh menyebabkan wajah di bahagian pipi berjerawat .
  • Amalkan teknik skrub sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu untuk menanggalkan sel-sel dan kulit mati.
  • Jangan lupa minum air putih setiap hari sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Jangan biasakan diri tidur berlapikkan rambut, ini kerana kotoran yang ada di persekitaran kamu boleh terlekat di kawasan rambut.
  • Jangan ambil mudah tentang produk penjagaan wajah kamu. Pastikan ia sesuai dengan kulit dan tidak akan meninggalkan kesan sampingan pada kulit.
  • Ambil sedikit masa untuk memanjakan diri dengan mengaplikasikan krim wajah setiap pagi dan malam. Jangan buat dalam keadaan tergesa-gesa kerana kemungkinan ada bahagian yang kamu terlepas pandang.
  • Buat urutan wajah setiap hari sekurang-kurangnya 1-3 minit sehari.

Haa amacam? Senang sahajakan petua untuk mendapatkan kulit yang cantik? Ingat, semuanya bermula dari diri anda sendiri untuk mengubahnya. Jangan beri alasan!

Sumber : Remaja