Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
Uncategorized
  March 6th, 2016          |          Kategori : Gaya

Cara Senaman Mudah Dirumah Tanpa Peralatan

Ada diantara kita ni memang malas bersenam, terutamanya di pagi hari cuti. Ada yang kata sibuk. Ada yang kata memerlukan peralatan senaman yang lengkap. Alahh, itu semua alasan. Sekarang ni, kita tak perlu nak habiskan duit sebab di bawah ni ada senarai senaman ringkas tanpa memerlukan peralatan. Jom baca!

1. Berjalan 

Kalau ada tangga di rumah korang, silalah lakukan aktiviti turun naik tangga ataupun yang paling ringkas, korang cuma perlu berjalan setempat. Lakukan sebanyak beberapa pusingan. Ini membantu anda untuk otot kaki.

walk_jalan

2. Lompat Katak

Tipu kalau korang tak tahu cara lompat katak. Semua orang boleh buat. Tapi kalau melompat ke belakang? Kalau korang boleh buat tu, memang power. Senaman ini membantu korang memanaskan badan juga untuk senaman kardio

lompat_katak

3. Push Up

Selalunya, kaum lelaki paling suka buat senaman ini berbanding perempuan. Lakukan pada lutut korang daripada meluruskan kaki anda. korang juga boleh mencuba dengan berdiri pada dinding. Ini membantu korang membina kekuatan lengan.

pushup (1)

 

4. Naikkan Kaki

Ini pun salah satu senaman sangat ringkas tetapi memnbantu kita membina otot kaki. Kalau korang tak boleh nak luruskan kaki, mungkin boleh cuba bengkokkan sedikit. Insya Allah berhasil.

luruskan_kaki

 

5. Berjoging Setempat

Joging merupakan senaman yang bagus untuk hati. Anda boleh berjoging sambil menonton tv atau mendengar muzik di rumah. 

jogging (1)

 

6. Crunches

Apa itu Crunches? Haaa kalau nak terangkan takut ada yang tidak faham. Apa kata korang tengok klip ni. Jangan skip! Kalau tidak nanti ada yang tak tahu buat.

Crunches

 

7. Squat

Haaaaaa. Siapa pernah buat squat ni? Memang mencabar pada siapa yang tidak biasa. Latihan ini baik untuk membina kekuatan kaki membentuk punggung yang cantik.

squat

 

Dan yang paling senang bagi semua tidak kira lelaki atau perempuan. Senaman yang dimaksudkan adalah dengan menari! Menari meupakan satu senaman yang sangat indah kerana ia bagus untuk hati anda. Malah, ia boleh menaikkan semangat anda! Hehehe

Lepas ni jangan jadikan alasan tiada kelengkapan senaman itu semua eaaa.. 

Sumber : http://www.veedo.my/