Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 23rd, 2016          |          Kategori : Jalan-Jalan

Kabin Awesome Yang Dapat Tenangkan Fikiran Anda! Dekat Melaka Je!

Hanya tinggal lagi beberapa hari sahaja sebelum munculnya tahun 2017! Sepanjang tahun 2016 pasti sudah terlalu banyak kenangan pahit yang terpaksa anda telan tidak kiralah sama ada ia melibatkan keluarga, pasangan, tempat kerja mahu pun rakan.

Apa kata dalam beberapa hari yang tinggal ini, anda gunakan peluang sebaik yang mungkin untuk kosongkan otak anda sebelum anda memulakan tahun baru anda.

Bayangkan satu kawasan yang sunyi dan menenangkan, jauh dari kesibukan kota raya sudah tentu menjadi pilihan terbaik dengan harga yang sangat berpatutan. 

Tempat yang kami maksudkan adalah homestay KeKabin By Bungalow In A Village yang terletak dalam sebuah kampung di Semabok, Melaka.

Taip panjang-panjang pun tiada gunanya jika anda tidak melihatkan beberapa gambar dibawah. Anda tengok sendiri pun anda sudah akan rasa tenang apa tah lagi kalau anda sendiri bercuti ke sana.

Hanya membekalkan RM199 satu malam untuk weekdays dan RM250 untuk weekends sahaja sudah cukup menggembirakan hati. Haa tunggu apa lagi? Jangan sia-siakan ‘beberapa hari’ anda sebelum tahun 2016 menutup tirainya. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke akaun Facebook KeCabin by Bungalow in A Village

screenshot-2016-07-11-11-41-32-671x376

kabin1-671x419

screenshot-2016-07-11-11-12-21

screenshot-2016-07-11-11-53-42-671x413

screenshot-2016-07-11-11-56-48-671x416

sp2-671x377

screenshot-2016-07-11-12-10-01-671x416

sp1-671x377