Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 9th, 2017          |          Kategori : Fesyen & Beauty

Punca Kenapa Anda Kurus Tetapi Perut Buncit. No 1 Mesti Ramai!

Mesti ada diantara kita yang memiliki tubuh kurus tetapi masih ada lemak sana sini. Apa punca terjadinya lemak sedangkan anda berbadan kurus?

Haa kepada sesiapa yang mempunyai situasi macam ini, jaga-jaga sebab ia mengundang risiko pelbagai penyakit yang anda tidak sedar. Jangan ingat, anda berbadan kurus dan anda sihat tau!

Menurut pakar di New York iaitu Lauren Klien, ramai individu yang berbadan kurus kelihatan seperti normal tetapi apabila melakukan rawatan, pelbagai penyakit yang menyerang individu tersebut.

Cara paling simple untuk anda tahu sama ada anda mempunyai lemak atau tidak, lihat sahaja di sekitar perut anda. terdapat beberapa faktor yang menunjukkan anda tidak sihat walaupun anda mempunyai badan yang kurus.

Kalau anda mempunyai simptom-simptom dibawah, jangan lengahkan masa! Bertindaklah dengan segera ye.

  1. Tidak pernah melakukan senaman mahupun olahraga selepas tamat persekolahan.
  2. Sering mengambil makanan manis sehingga ia mengakibatkan anda sukar untuk fokus, pelupa dan mempunyai konsentrasi yang rendah.
  3. Jarang mengambil makanan yang mengandungi protein.
  4. Bahagian perut jauh lebih besar berbanding bahagian tubuh yang lain.
  5. Pola pemakanan yang kebanyakannya terdiri daripada karbohidrat dan sering mengambil makanan yang diproses atau gula secara berlebihan.
  6. Berasa pening setelah melakukan olahraga.
  7. Mudah berasa penat dan kurang bertenaga.

Haa amacam? Agak-agak anda ada tak simptom diatas? Kalau tak ada, tahniah kerana anda sihat! Kalau ada pula, pergi bersiap dan jumpa doktor untuk tahu tentang kesihatan anda. 

Sumber : Health Kompas