Ke Udara
105.3fm - Lembah Klang 106.9fm - Perlis, Kedah, Pulau Pinang 91.7fm - Taiping 96.0fm - Ipoh 102.4fm - Kuala Terengganu 106.1fm - Kota Bharu 96.1fm - Kuantan 88.5fm - Melaka, Johor Utara 107.0fm - Seremban 101.4fm - Johor Bharu 105.9fm - Kota Kinabalu CHNL 956 - HYPPTV

Ceria Suria - Reza Mohamed

Mangsa Dilanggar Ari Wibowo Meninggal Dunia

posted on Friday, June 14th, 2013
Ari Wibowo
JAKARTA: Setelah dirawat selama tiga hari di Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP), Jakarta Selatan, mangsa kemalangan yang melibatkan pelakon Ari Wibowo meninggal dunia, Khamis.

Pelakon sinetron yang menunggang motosikal berkuasa besar Ducati itu terlibat dalam kemalangan pada Isnin lalu.

Sementara itu, Ari turut dilaporkan patah kaki akibat kemalangan tersebut.

Sejak tiga hari mangsa berada di rumah sakit, Ari sentiasa berada dan mengikuti perkembangannya tersebut sehingga Allahyarham meninggal dunia.

“Dia sudah diberikan rawatan yang terbaik namun kita tidak dapat menolak kehendak Tuhan,” katan Ari seperti dipetik¬ Liputan6.com.

Ari yang memberi kerjasama dalam kes kemalangan tersebut turut digugurkan daripada dikenakan apa-apa tindakan.

 

¬