Ke Udara
105.3fm - Lembah Klang 106.9fm - Perlis, Kedah, Pulau Pinang 91.7fm - Taiping 96.0fm - Ipoh 102.4fm - Kuala Terengganu 106.1fm - Kota Bharu 96.1fm - Kuantan 88.5fm - Melaka, Johor Utara 107.0fm - Seremban 101.4fm - Johor Bharu 105.9fm - Kota Kinabalu CHNL 956 - HYPPTV

Santai Pejabat Di Suria - Seri Nazira

‘Sembunyi: Amukan Azazil’ Bawa Penonton Ke Fantasi Seram

posted on Tuesday, July 2nd, 2013
Remy-Diana

FILEM: Sembunyi: Amukan Azazil

ARAHAN: Kabir Bhatia

LAKONAN: Diana Danielle, Remy Ishak, Umie Aida, Sharnaaz Ahmad dan Fizo Omar

GENRE: Fantasi & Seram

DURASI: 1 jam 37 minit

PENERBIT: Grand Brilliance

TAYANGAN: 28 Mac 2013

FILEM Sembunyi:Amukan Azazil berkonsep fantasi seram menjadi taruhan kepada pengarah Kabir Bhatia selepas filem cinta Nur Kasih. Filem ini mendapat garapan yang menarik penonton untuk berfikir apabila banyak persoalan timbul.

Lapisan masa pada latar belakang menjadikan filem ini menarik dan lebih segar selepas khalayak hanya dihidangkan dengan cerita-cerita mudah dan kebanyakannya genre seram yang klise.

Ia bukan naskhah misteri yang mendatar dan mudah dijangka tapi ia merungkai sedikit demi sedikit kejadian yang berlaku sehingga rungkaian tersebut membuat penonton puas dan menjawab semua persoalan pada awal cerita tersebut.

Pemilihan pelakon yang hebat seperti Umie Aida, Remy Ishak, Diana Dianelle, dan Shanaaz Ahmad membantu menghidupkan karakter mereka dalam filem itu.

Dari segi penataan warna dan set yang direka khas untuk filem ini mampu menimbulkan rasa misteri dan seram.

Penulis skrip Alfie Palmero bijak mengolah satu dunia yang kita sendiri tidak tahu sehingga mengganggu emosi penonton. Filem ini membuat penonton hanyut dengan ilusi yang dicipta dalam satu kefahaman dunia yang tidak nyata.

 

Melalui gabungan antara dunia nyata dan tidak nyata ini juga membuat penonton untuk sukar untuk menjangkakan pengakhiran cerita ini.

Kisah tentang Aishah daripada zaman penjajahan Jepun diselamatkan oleh makhluk halus dan membawanya ke alam lain. Aishah yang bingung tidak dapat mengingati apa yang berlaku hidup dalam perkampungan tersebut tanpa kehadiran tentera Jepun.

Namun ada makhluk lain cuba mengganggu ketenteraman kampung itu sejak kehadiran Aishah.

Aishah sedikit demi sedikit diberi petunjuk tantang jalan keluar daripada kampung di mana dia terperangkap itu.

Pelakon-pelakon Umie Aida sebagai Ibu Yani cukup bagus memberi rentak pada wataknya, begitu juga Emelda Rosmila, Remy dan Shanaaz yang dapat membantu watak utama iaitu Diana Danielle menghidupkan cerita fantasi ini.

Bagaimanapun, penonton perlu menontonnya sendiri bagi merungkaikan persoalan-persoalan yang ada dalam filem ini.

Laman Seterusnya >>
<< Laman Sebelum