TERMA & SYARAT

SURIA FM™ tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan yang dialami sewaktu menggunakan laman web ini. Walaubagaimanapun, segala langkah bagi tujuan keselamatan pengguna akan sentiasa diambilkira bagi memastikan tidak terdapat sebarang maklumat atau data yang boleh memudaratkan pengguna laman web ini.

Pendengar yang ingin menyertai sebarang peraduan atau dedikasi sama ada melalui web atau khidmat pesanan ringkas (sms) atau talian terus ke udara, perlulah mendaftar sebagai member SURIA FM™. Perlu diingatkan bahawa pendaftaran sebagai member SURIA FM™ hanyalah sekali sahaja dan seorang individu hanya boleh mendaftar sekali sahaja walaupun melalui nombor telefon bimbit yang berbeza.

Sebarang peraduan yang dianjurkan oleh SURIA FM™ adalah tertakluk kepada terma dan syarat di bawah.

  1. Seseorang individu hanya dibenarkan untuk menyertai satu-satu peraduan atau kuiz tidak lebih daripada sekali.
  2. Hadiah-hadiah hendaklah dituntut dalam tempoh yang dinyatakan dari tarikh pemberitahuan. Selepas tempoh tersebut, hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan tanpa sebarang notis pemberitahuan. Adalah difahami bahawa SURIA FM™ memiliki hak mutlak ke atas hadiah-hadiah yang tidak dituntut. SURIA FM™ tidak akan membuat sebarang pemberitahuan kepada para pemenang berkenaan baki tempoh yang tinggal. Pemenang-pemenang mempunyai tanggungjawab mutlak menuntut hadiah-hadiah yang dimenangi di dalam tempoh yang dinyatakan di atas.
  3. Sebarang hadiah-hadiah perlu dituntut secara sendiri oleh pemenang-pemenang kecuali atas notis yang diberitahu terlebih dahulu. Semasa menuntut hadiah, pemenang dikehendaki untuk menunjukkan pengenalan diri yang mana pengenalan diri tersebut adalah dokumen bergambar pemenang tersebut, sebagai contoh, antara lainnya adalah termasuk kad pengenalan, lesen memandu dan pasport.
  4. Lain-lain syarat peraduan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Untuk sebarang mesej berupa ucapan sama ada melalui web atau khidmat pesanan ringkas (SMS), SURIA FM™ tidak menjamin bahawa setiap mesej akan dibacakan. SURIA FM™ berhak memilih mana-mana mesej yang sesuai sahaja untuk diudarakan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Terma dan syarat bagi kuiz radio adalah seperti berikut:

  1. Dengan menyertai kuiz radio di SURIA FM™, pendengar bersetuju sepenuhnya dan tanpa syarat untuk menerima dan terikat dengan terma dan syarat kuiz. Keputusan juri adalah muktamad.
  2. Anda boleh menyertai seberapa banyak kuiz radio SURIA FM™, tetapi hanya dibenarkan memenangi satu (1) hadiah sahaja dalam tempoh 30 hari.
  3. Sekiranya anda memenangi lebih dari satu (1) hadiah dalam tempoh 30 hari, anda hanya layak untuk menang/menebus hadiah untuk kuiz yang terawal sahaja. Anda tidak berhak untuk memilih hadiah dari apa yang ditawarkan.
  4. Cuma seorang ahli dalam setiap keluarga dibenarkan menyertai kuiz radio pada satu masa manakala ahli keluarga yang lain tidak dibenarkan menyertai kuiz dalam tempoh 30 hari dalam satu masa.
  5. Peserta-peserta kuiz yang menyertai kuiz radio dengan nombor telepon yang sama tidak dibenarkan menyertai kuiz dalam tempoh 30 hari pada satu masa. Penyertaan akan dibatalkan secara otomatik dan peserta tiada hak untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.
  6. Hadiah-hadiah hendaklah ditebus sendiri oleh pemenang kuiz radio, di alamat:
    Tingkat 16,
    Bangunan AmAssurance,
    No 1. Jalan Lumut, 50400 K.L.

    Pihak stesen radio juga TIDAK menyediakan sebarangan perkhidmatan kourier, pos untuk penghantaran hadiah. Hadiah mestilah ditebus oleh pemenang sendiri di pejabat SURIA FM™ seperti di atas.
    Pihak stesen radio tidak akan membuat sebarang panggilan kepada pemenang kuiz, sebaliknya untuk menyemak senarai pemenang, anda perlu layari laman web www.suriafm.com.my atau hubungi Bahagian Promosi & Pengiklanan SURIA FM™ (03 – 4045 1053)
  7. Untuk sebarang pertanyaan mengenai hadiah yang dimenangi, pemenang harus mempunyai maklumat seperti; jenis hadiah yang anda menang, tarikh menyertai kuiz, masa serta segmen. Anda dikira tidak layak untuk menebus hadiah sekiranya gagal berbuat demikian seperti di atas.
  8. Menebus hadiah bagi pihak orang lain tidak dibenarkan sekiranya tiada disertai dengan dokumen yang berkenaan.
  9. Untuk hadiah yang tidak ditebus selepas 3 (tiga) bulan, hadiah dianggap lupus. Tiada pengantian atau pertukaran hadiah akan dilayan. Keputusan MUKTAMAD.
  10. Hadiah hadiah yang mempunyai tarikh luput seperti barang makanan, baucher, tiket wayang, kapalterbang, penginapan hotel dan lain lain yang berkenaan seperti yang tertera di laman web SURIA FM™, mempunyai jangka masa tebus hadiah yang SINGKAT mengikut tarikh luput yang ditetapkan. Pemenang disarankan untuk peka dan menebus sebelum tarikh luput tersebut.
  11. Pihak SURIA FM™ berhak untuk menyenarai hitamkan selama 1 (satu) tahun kepada pemenang yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan serta tertakluk kepada pemenang bersiri yang berulang kali melanggar peraturan 30 hari.
  12. Sebarangan pertanyaan serta aduan boleh di alamatkan kepada feedback@suriafm.com.my
  13. Pihak SURIA FM™ berhak untuk menukar hadiah atau menggantikan hadiah yang mempunyai nilai yang sama. Sebarang aduan tidak akan dilayan untuk hal yang berkenaan.
  14. Sebarang Aduan tidak akan dilayan oleh pihak SURIA FM™ selepas hadiah ditebus oleh pemenang.
  15. Pihak SURIA FM™ berhak untuk menukar atau menambah terma dan syarat mengikut kehendak syarikat.
  16. Terma dan syarat yang diumum di-udara atau tidak di-udara (secara lisan) oleh penerbit atau deejay bertugas atau bahagian promosi, secara otomatik sah menjadi terma dan syarat walaupun tidak tertera di ruangan lawan web bahagian terma dan syarat ini.