Jawatan yang ada

Jawatan

Tanggungjawab:

  • Bertanggungjawab tentang konsep, reka bentuk dan dapat menerangkan ia secara ringkas kepadastakeholders dengan hala tuju yang telah disediakan.
  • Pastikan projek dihantar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan dan semua reka bentuk harus mematuhi keperluan operasi dan mengikut kelulusan yang betul sebelum ia dimuat naik.
  • Pastikan GUI, imej, banner dan reka bentuk yang lain kreatif dapat dioptimumkan untuk kegunaan web dan laman sosial.
  • Bertanggungjawab dalam merancang kempen oleh pelanggan dalam masa yang singkat.

Syarat-syarat kelayakkan :

Mempunyai Diploma / Ijazah dalam Reka Bentuk Grafik / Komunikasi Visual atau yang setaraf dengannya.
Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman yang berkaitan sama ada dalam produk / jenama atau agensi kreatif / pengiklanan.

Mahir dalam perisian reka bentuk (Adobe CC, HTML5, Adobe Illustrator, Photoshop, Flash & lain-lain) dan juga MS Office.
Mempunyai idea yang kuat untuk mengeluarkan reka bentuk yang berkualiti.

Bekerja dengan baik dalam satu pasukan, mempunyai kemahiran interpersonal yang diperlukan.

Fasih menulis dan bercakap dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Kemahiran dalam Bahasa Cina adalah BONUS!
Berpengetahuan dalam pengeluaran media (tradisional dan digital) juga adalah BONUS!

Sentiasa fleksibel, dapat menyesuaikan diri dan berkeupayaan untuk belajar dengan cepat dalam pelbagai bidang kemahiran kreatif dan teknikal, ketika menyampaikan kerja yang berkualiti dengan deadlines merupakan sifat utama.

Calon yang berminat sila hantar resume anda kepada Cik Rachel Lim melalui e-mel: careers@srg.my atau memohon melalui Jobstreet.com

Tanggungjawab:

  • Memantau setiap projek dari segi konsep hingga ke akhir dan ke penghantaran video, audia dan kandungan visual.
  • Mengetuai pasukan, pelakon dan krew untuk mengarh dan menghasilkan video yang kreatif.
  • Menghasilkan skrip, menyediakan konsep serta jalan cerita dan segala outlines.
  • Perlu menjaga kewangan yang keluar masuk untuk setiap projek.
  • Membantu dalam penulisan skrip.
  • Mencari peluang untuk mewujudkan kandungan yang kreatif dan eksklusif untuk menarik perhatian penonton.
  • Sentiasa kreatif untuk mengeluarkan idea-idea inovatif yang dapat menarik perhatian penonton dengan menghasilkan kandungan multimedia yang menarik melalui pelbagai saluran multimedia termasuk dalam talian, telefon mudah alih dan peranti mudah alih.

Syarat-syarat kelayakkan : 

Calon yang ideal haruslah seorang individu yang bersemangat tinggi dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dengan bidang yang berkaitan. Selain itu:

  • Mahir dalam penulisan dan percakapan Bahasa Melayu.
  • Tahu menggunakan software Final Cut Pro & Adobe Premiere Pro.
  • Boleh berdikari, proaktif dan rajin.
  • Berkeupayaan dalam menjalankan pelbagai tugas, mengutamakan tugas dan tahu menguruskan masa dengan baik.

Calon yang berminat sila hantar resume anda kepada Cik Erica Sang melalui e-mel: careers@srg.my atau memohon melalui Jobstreet.com