DJ Lin

NAMA PENUH:

Roslinda Abdul Majid

TAHUN ON-AIR :

13 tahun

TERANGKAN SEDIKIT SEBANYAK MENGENAI SHOW ANDA:

Mengendalikan Rancangan SURIA CINTA yang keudara 6 hari seminggu (Ahad – Jumaat) bermula 8 malam – 1 pagi. Suria Cinta mengenengahkan variasi perihal tentang perhubungan dan percintaan. Memuatkan segmen antaranya :-

  • CARI CINTA – Pendengar boleh mencari kenalan / jodoh
  • UCAPAN CINTA – Salam Istimewa buat insan tercinta / pernah dicinta
  • NUKILAN CINTA (berbentuk Madah, Puisi @ Warkah kiriman pendengar)
  • SELEKSI SURIA CINTA- Lagu cinta pilihan pendengar diputarkan
  • BICARA CINTA – Pendengar berkongsi luahan hati mereka
FAKTA MENARIK TENTANG DIRI ANDA :

Seorang yang sentimental tapi tegas. Seorang yang jiwang tetapi detail. sangat fokus terhadap komitmen yang dilakukan. Seorang pendengar yang setia.

APA YANG ANDA SUKA TENTANG PEKERJAAN ANDA ?
  • Mengendalikan SURIA CINTA ibarat berkongsi sesuatu yang lahir dari hati. Ia ibarat makanan ruji/santapan jiwa sakan telah sebati dengan diri DJ Lin.
  • Menjadi perantara pendengar dan pasangannya dalam meluahkan perasaan, menyatakan masalah serta mncari penyelesaian.
  • Turut menjadi orang tengah dalam mempertemukan jodoh para pendengar.
MEMINATI :

Percintaan sesama insan

NYATAKAN DIRI DALAM 5 PERKATAAN :
  • Cool
  • Sentimental
  • Tegas
  • Teliti
  • Fokus
HOBI :

Memasak, Berkaraoke, Bercuti bersama keluarga

5 PERKARA PENDENGAR TIDAK TAHU TENTANG ANDA
  • Sukar didekati oleh lelaki
  • Pandai masak
  • Merupakan olahragawati sewaktu di zaman persekolahan
  • Pernah berhasrat menjadi Pegawai Polis Wanita
  • Seorang yang kuat semangat dalam menempuhi dugaan dalam kehidupan.
ANDA TERKENAL DENGAN (Tayangan TV, Iklan, dll) :
  • Selain bergelar Penyampai Radio, Lin juga turut bergelar Penulis lirik dan Penyanyi
  • Duta kereta Proton Persona selama 1 tahun (Mei 2010 – Mei 2011)
  • Duta produk kecantikan Nureens Beauty selama 1 tahun (2012)
  • Duta produk Penapis air Kadyn Pluss (2012)
  • Emcee untuk Acara Karnival WOW Putrajaya (2011)
  • Emcee untuk Acara Pelancaran Album Artis seperti Wali Band, Dadali, Rossa, Dewa 19, Nirwana Band, Nikita Willy, Afghan dan lain-lain.
  • Emcee Majllis Pelancaran Kereta Proton Exora
  • Menjadi artis undangan anjuran Puteri UMNO Terengganu (2013)
ANDA SELALU ‘TWEET’ MENGENAI APA?

Selalunya Lin akan berkongsi entang aktiviti serta perkembangan terkini bersama peminat.