Ke Udara
105.3fm - Lembah Klang 106.9fm - Perlis, Kedah, Pulau Pinang 91.7fm - Taiping 96.0fm - Ipoh 102.4fm - Kuala Terengganu 106.1fm - Kota Bharu 96.1fm - Kuantan 88.5fm - Melaka, Johor Utara 107.0fm - Seremban 101.4fm - Johor Bharu 105.9fm - Kota Kinabalu CHNL 956 - HYPPTV

Santai Pejabat Di Suria - Seri Nazira

Suria Cinta

suria-cinta-620x380

 

Layan lagu-lagu cinta setiap malam bersama Dj Lin. Anda boleh membuat pilihan lagu cinta kegemaran anda selain ucapan, madah dan berkongsi masalah cinta anda.

Untuk menghantar ucapan cinta, lagu cinta pilihan atau madah cinta anda melalui sms, taip:-

SURIA MESEJ, hantar ke 33988.

Contoh: Suria Kak Lin, saya nak ucapkan salam cinta dan sayang ini buat insan yang amat saya sayang di Johor. Moga dia mendengar di kala ini hantar ke 33988.

Anda juga boleh menghubungi studio Suria FM dengan mendail 03-7724 2115.

Untuk mendaftar sebagai pengguna VIP, anda hanya perlu menaip :-

VIP<jarak>NAMA PENUH<jarak>NO IC dan hantarkan ke 33988.

Untuk aktifkan chat, taip:-

ON SURIA dan hantarkan ke 33988 dan tunggu SMS seterusnya.Kemudian taipkan SURIA, BUTIRAN DIRI & CIRI PASANGAN dan hantarkan ke 33988

SEGMEN MENARIK SURIA CINTA

Setiap Ahad – Jumaat (10pm – 2am)

Ucapan Cinta

Dedikasi cinta kepada yang tersayang melalui SMS di 33988, tweet @suriafmmalaysia & FB SuriaFM.

Coretan Memori

Untuk yang bijak pandai mengarang sajak atau madah cinta, boleh hantarkan melalui SMS dan DJ Lin akan membacanya. Juga ia akan di muat naik di laman web SuriaFM.

Cari Cinta

Ini merupakan segmen yang paling popular! Pendengar perlu mendaftar Suria VIP melalui SMS dan mereka boleh mencari  dan berinteraksi kenalan baru.

Seleksi

Seleksi pilihan lagu cinta oleh pendengar

Terapi Cinta (Ahad, 10pm hingga 11pm)

 

POSTER TERAPI CINTA_POSTER_A3_option2

Untuk maklumat lanjut, layari mediahiburan/karangkraf

Nota:-Untuk setiap perkhidmatan sms 33988, caj RM0.50 sen akan dikenakan bagi setiap sms (tidak termasuk caj standard sms Telco) dan tertakluk kepada terma dan syarat sms di Suria FM. Klik di sini untuk membaca terma dan syarat sms 33988 Suria FM.

Ingin menambah kenalan atau ingin mencari jodoh? Ruangan ini memberi peluang kepada semua pendengar setia Suria Cinta.

Jom cari jodoh anda disini!

Bagi yang belum sertai, isikan butiran dibawah:

  • Masukkan nama penuh anda seperti dalam kad pengenalan.
  • Akan dirahsiakan. Contoh : 123456-00-6789. Hanya masukkan 6789.
  • Masukkan no VIP SuriaFM.
  • Nyatakan lokasi anda. Contoh : Perak.
  • Contoh : Wanita, 27 tahun, Tinggi, Berkulit cerah, Bujang.
  • Contoh : Ingin mencari kenalan lelaki berkulit gelap, berumur 40 keatas dan manja.
  • Muatnaik gambar perseorangan, jelas dan berukuran gambar passport dan bukan gambar palsu

Disclamer : Suria FM™ tidak bertanggungjawab di atas sebarang aktiviti perbualan secara lisan atau tidak lisan yang dialami sewaktu anda berhubungan dengan sesiapa yang ada dalam ruangan ‘Cari Cinta’ ini. Walaubagaimanapun, segala langkah bagi tujuan keselamatan pengguna hendaklah ditanggung sendiri dan diminta sentiasa diambilkira bagi memastikan tidak menghebohkan sebarang maklumat diri atau data yang boleh memudaratkan pengguna ruangan ini.

Kamal Mal

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengsan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang dilangit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.


Bie Lyna

Pernah kutangisi sebuah perpisahan, tika impian kubangunkan setinggi langit harapan, memasang angan untuk bersama meneroka waktu dan masa, juga mengolah cerita tentang kita untuk kita penuhi setiap helaian kitab cinta yang kita jilidkan bersana kasih dan sayang. nmaun semuanya rebah, bersama leraian janjimu yang termungkir lalu melontarkan aku ke laut duka, tenggelam ke dasar sengsara dan cinta pun menjadi sandiwara netsapa. Kini ku dayungkan perahuku sendirian biarpun sesekali sebak kurasa namun aku harus kembali ke alam nayata untuk semula menjadi diri aku. Agar dapat kupadamkan semua ingatan tentangmu walau terpaksa kubohongi diri sendiri. Akan kucuba untuk tidak menangis lagi.


Mardhiyah Kamal

CINTA kerana RUPA cinta yang pura-pura.. Bila MENINGKAT USIA cinta LAYU bersama.. cinta kerana WANG sangat mudah TERBANG.. ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG.. cinta kerana PANGKAT cinta yang TIDAK LEKAT.. manakala bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT.. cinta kerana ILAHI itulah cinta HAKIKI.. rasa cinta yang TIADA MATI bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI..


Mohd Azrul Hamidi

Secebis kasih bersatu hatiSerungkai cinta berjanji setiaTerkadang ia menangis dalam ketawaTerkadang ia berlalu pergi dalam kehampaanTerkadang mimpi ia hanya mainanTerkadang dilamun ia tdak keruanItulah Cinta


Fara Nurshafiela

Cinta tak direstui atas alasan kekurangan diri. Tak ku minta ini semua terjadi kerana sudah ku anggap ini takdir ilahi. Andai ini sudah menjadi resam di dunia ini, akan ku pergi membawa diri. Hidup tak akan bahagia tanpa restu kedua orang tua yang menjadi pendinding diri.


Rabie Al Yahaya

Awak, tolong jangan lagi memaksa saya untuk melupakan kenangan bersamanya, kerana semakin memaksa semakin saya tidak mampu mengusir kenangan itu pergi. Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang kia sayang. Lebih-lebih lagi saat seluruh cinta ini hanya untuk dia, saya masih belum mampu menghakis rasa cinta ini dari hati saya. Kalau benar awak tulus menyinai saya, buatlah sesuatu untuk menghapuskan kenangan itu dari hati ini, tunjukkanlah saya yang cinta awak lebih hebat dari dia bukan dengan memaksa saya untuk melupakan dia, awak tahu awak memaksa saa melupakan dia tapi sebenarnya awak membuat saya makin mengingati dia. Awak, saya tak pernah minta awka hadir dan perginya awak juga saya takkan halang, saya hanya ingin seseorang yang mampu memahami saya.


Zuriati Zulkifli

Andainya perhubungan harus dinoktahkan terus teranglah. Ush aku di biarkan ternanti-nanti Kau ahu aku amat menyayangi dan menyintaimu namun bisakah aku memiliki mu.. Seandainya tiada jodoh antara kita, aku pasrah dan dengan rela ku undurkan diri demi kebahagiaan kamu dan dia.


Sugiati Candraningrum

Aku mau kirim seutain syair cinta datang bukan dari dari audisi tapi cinta datang dari hati cinta bukan tuk diseleksi tapi cinta tuk dimiliki jangan miliki cinta kerana gengsi tapi miliki cinta dari hati yang suci.


Miera Fazira

memang awak bukan yang pertama dalam hidup saya. tapi saya tak tahu kenapa saya susah nak lupakan awak. Saya masih tunggu awak walaupun saya tau ia mustahil buat saya. Awak, tolong jangan pergi dari saya. Saya tak pernah terfikir akan ditinggalkan mavam ini. Dulu awak bagi macam-macam harapan dekat saya. Tapi kenapa sekarang awak hancurkan semuanya ye?

Khas buat nazrin.


Wann Aizah

Ya Allah, aku tidak kuat untuk menghadapi semua ini..kala hati ini benar-benar mencintai, hatiku tetap terluaka.. Kalau aku benar-benar menyayangi, hatiku tetap terasa perit, mengapa kebahagiaan yang ku cari terlalu sukar untukku temui.. hati ini terasa kosong.. tiada berdaya lagi untuk ku menangisi setiap segala yang terjadi.. ku akui hati ini terguris dengan sikapnya..namun tiada berdaya lagi untukku meratapi.. ku curahkan kasih dan memberi sepnuh perhatian.. mengharap perhubungan itu berakhir dengan kebahagiaan, namun hampa.. aku tetap dikecewakan.. andai ini takdir yang telah kau tetapkan.. aku hanya mampu pasrah..


Areu Areu

Diri umpama pengemis.. mengharapkan cinta yang tak pasti.. bila bersama duka ku rasa tapi bila berjauhan rindu yang ku rasakan.. adakah ini cinta yang ku harapkan.. bila ku keseorangan aku sering bayangkan sesuatu yang indah dalam percintaan tapi itu semua tidak pernah ku harapkan.


Putry Deana

Abang, walaupun kita berdua berjauahan, saya tetap rindukan awak, walaupun kita terpisah, saya tetap menunggu awak.. saya minta maaf kerana saya tak cukup sempurna untuk memiliki awak, tapi saya cuma nak awak tahu yang saya dah mula sayangkan awak, jangan awak prgi daripda kehidupan saya dan saya berharap awak cinta terakhir saya, terima kasih kerana sudi dan sanggup menerima segala kekurangan saya, saya doakan yang terbaik untuk awak, diri saya dan hubungan kita, saya sayang awak sehingga akhir haat saya. Assalamualaikum buat Mohd Hairul yang berada di Kempas, Johor Bharu.


Elly Yuza

Benar kata hati.. yang ditinggalkan itu lebih sepi.. daripada yang telah pergi.. antara cinta dan sayang.. ajal maut ketentuan ilahi..sebagai insan.. cuma terdaya berikhtiar dan berdoa antara kita dipertemukan kebahagiaan suatu hari nanti.


Rahmah dari JB

Nukilan buat seua pendengar… Kebahagiaan akan datang tanpa diundang, datangnya dengan seribu penghargaan, perginya dengan seribu kepayahan, tidak perlu dijadikan perpisahan itu satu kekesalan, kerana terjadinya perpisahan itu tidak pernah diimpikan oleh seorang wanita yang bergelar kekesaih.. oleh seorang wanita bergelar isteri dan ibu.. namun.. siapa yang dapat melawan takdir, andainya takdir yang disingkirkan, andainya qadak dan qadar dapat tercicir, pastinya perpisahan dan derita ini tidak akan menjadi milikku.. serta milik seorang wanita yang bergelar perempuan.


Qaseh Qaisara

Kenapa kau kembali dalam hidupku semula setelah aku terima hakikat bahawa kau sudah berpunya, setelah sekian lama kau muncul menagih cinta lama, setelah aku terima kau tinggalkan aku tanpa kata, apa salah aku sampai kau buat aku begini, begitu tulus kasih dan sayang aku terhadap kau, tak sedikit pun kau hargai, kini aku harus menerima hakikat kembali kau bukan milik ku lagi, pergilah andainya itu boleh membahagiakanmu, aku akan sentiasa berdoa moga kau berbahagia selaluu biarpun aku yang terluka.


Laut Biru

Melihatmu satu ketengangan buatku mengenalimu satu nikmat buatku. Menyayangimu satu kebahagian buatku. Mencintaimu satu perkara yang tak dapat ku lupakan sehingga akhir hayatku. Tapi mengapa kau masih tegalukakan hati ini.


Mohd Dzulfaiz

Masihkah dapat aku hiaskanCintamu itu ditaman hati akuKepada Tuhan aku terus berdoaAgar kembali ketenanganWalaupun aku sedari hebatnya dugaanNamun hati aku menaruh harapanSeringkli aku terasa inginnya aku ulangiSaat yang indah bersamamu.

I still love you Wan Nur Suhada binti Wan Ismail.


Mis Ikkazulaikha

Inikah derita.. Mencintai tapi tak dicinta.. Merindu tapi tak dirindui.. Hanya menatap kosong sang rembulan.. Berharap diri adalah sang bintang yang selalu kau nanti dihujung senja.. Hanya berharap aku saja yang ada dihati..tapi ketika ku pijaki bumi aku hanyalah satu diantara bintang itu.. ada banyak hati yang kau nanti.. ada banyak rindu yang kau tabur tapi bukan untukku.. itu untuk yang lain.. dan aku hanyalah butiran debu tak beerti dan takkan memberi erti selamanya.. aku hanya dapat menahan airmata atas kisah yang tak pernah sampai.


Qaseh dari Perak

Malam ini aku termimpi, mencari wajahmu dibalik pelangi, rupanya saat ini hatiku telah disakiti, emngapa begini terjadi, sudah kau tahu sayangku padamu amat tinggi, mengapa dulu kau taburkan janji ang membuatkan hatiku mudah kau miliki, bertahun aku menanti dan akhirnya begini terjadi, apa erti kasig apa erti cinta jika tiada setia, tak perlu ucap sayang jika kau tak tahu menilainya. aku akan cuba belajar untuk melupakanmu buat selamanya walaupun pahit untuk aku telan tapi aku yakin kau akan bahagia dengan si dia.


Imaanie Azzahrah

Mencari cita sejati ibarat mencari permata di dalam timbunan kaca.. ada yang berjaya dikutip dengan banyak ada yang sedikit tapi tak ada seorang pun yang berjaya kutip semuanya kerana semasa mengutip pasti ada yang terluka.


Azly Bakar

Cinta..Hanya suatu rasa..Namun dipuja..Tanpa cinta..Hidup hampa..Banyak cinta..Hidup bahagia..Semakin maju peradaban manusia..Semakin banyak cinta palsu..Banyak yang berlindung pada cinta..Hanya untuk dapatkan yang dia ingin..Masih adakah kemurnian cinta didunia?Mungkin cinta sejati hanya lagenda..Tapi masih ada sebuah cinta sejati yang tersisa..Cinta itu adalah cinta orangtua pada anaknya..


Nor Suhaila

Saat bila diri ini dicintai dan disayangi terasa seperti duni ini milik kita. Tapi apabila perpisahan terjadi terasa seluruh dunia ini gelap gelita. Namun sudah menjadi lumrah setiap insan di sunia ini berhak merasai liku-liku kehidupan yang ditentukan oleh yang Maha Esa. Apa pun yang terjadi kita sebagai hambanya harus tabah menghadapinya dengan hati yang terbuka. Life must go on..


Natrah Azis

Hidupku terlalu sepi setelah berpisah denganmu. Ketentuan ilahi telah menentukan segalanya. Kau tetap hak milik orang lain. Kenangan denganmu sukar untuk dilupakan.. Tolong lupakanku.. Kerana saya bukan jodoh awak dan awak tak ditakdirkan untuk saya.. Maafkan saya..


Aznida Abd Halim

Tak selamanya yang pahit akan terus pahit. Tak selamanya yang manis akan terus manis. Sampai saatnya kedua-dua rasa itu akan saling berganti tempat dan itulah yang dinamakan pahit manis kehidupan. Sememangnya hidup ini tidak diciptakan untuk indah selalu.


Umiee Nur

Malam setia menantiAku dalam dilema lagiEntah beberapa kaliEngkau usulkan untuk kita bersatuBukan aku sombongBukan aku tak mahuTapi perit liku semalamBuat hati aku tertutup rapatAndai kau rasa pertemuan ini hanya sia-siaAku izinkan kau pergiBiar hati ku tertusuk sembilu lukaNamun akan ku tabah menerimanya.


Dieya Adriena

Teganya kau mepersendakan keikhlasanku. Kau persia kesetiaan dan pengorbananku. Apa dosaku? Hingga sehina ini aku dihatimu? Tak pernah sekali aku memandang rupa atau harta yang ada padamu. Aku hanya inginkan kejujuran dan keikhlasan dirimu. Kau memberi harapan, kau juga yang menghancurkan kepercayaanku padamu. Merobohkan angan-angan yang kau ciptakan bersamaku. Aku kecewa, terluka keranamu.


Bob Bobby

Sayangku..Aku unya rasa tak terungkapHanya dalam memori hati dan benakku aku simpan. Berat menerima kau pergi dari dunia ini..Beribu doa ku sedekahkan tuk pelipur laraBeratus senyuman tuk aku basuhkan dahaganya rindu padamuKata termanis hanya untuk dirimu kekasih sepanjang hidupkuAku masih merindukanmu sayang..Sayang..Telah ku ukir wajahmu lama dalam hatikuNamun kau hilang dan takkan kembali juga ku merasa sepi.. Ku sendiri..


Farina Ismail

Kadang-kadang yang terindah bukanlah yang terbaikYang sempurna tak selalu menjanjikan kebahagiaanNamun jika kita dapat menerima kekuranganMenjadi kelebihan, itulah kesempurnaanTiada manusia yang hidup berbahagia sepanjang masaTetapi ianya bukan alasan untuk hidup sengsara

 


Mohd Fauzi

Dalam ruang waktu ku cuba untuk melupakanMemendam kisah silamMelihat pelangi yang kini telah kelamGelap gelita dan sunyi mencengkamTerlihat hadirmu dalam ingatankuWalaupun jelas tapi menyakitkanWalaupun terasa kau ku dambakanMembuat aku dlama kesepianMeskipun kau yang aku cinta tapi tak sebaliknyaKau yang ku puja takkan terlupaKerinduan ini membuatkan aku gilaKehilangan dirimu sebuah lukaBerangan aku untuk selamanyaBersama mu hingga nafas ku yang terakhirDan mungkin seandainya nantiMentari tak bersinar lagiKau tetap dan selalu disisiMenemaniku dalam indahnya cinta ini


Elly Yuza

Bahagia itu bukannya bergantung paa lama mana kita kenal tapi pada sejauh mana kita kenal satu sama lain. Baru ia kekal selamanya.


Mis Ikkazulaikha

Masih ku nikmati mendung dalam hatiMasih ku nikmati pesta kehancuran hatikuIngin ku berlalu meninggalka jenuhTapi kaki ini tak kuasa untuk berganjak pergiBerdiri di sini menghitung detik waktuMenanti sebuah keputusan dan sebuah keajaibanHingga lelah jiwa ini terkapar dalam ksakitanEntah sampai bila


Indie x Nizam 11

Smenjak kau hadir dalam hidupku, raga dan kalbuku jadi tidak menentu. Kurindu kurindu padamu selalu. Kau hadir tanpa kuduga. Menyeri duka dan nestapa. Kau beri ruang dan tawa padaku. Semenjak kau hadir, aku menjadi rindu untuk bertemu dan bersamamu, selau dihatiku, kau yang satu, tiada dua, hanya kau yang satu. Kekasih, aku merindu dan merindu, kehadiranmu dan keakrabanmu. kekasih, jangan kau tinggalkan diriku, kekasih aku.


Ana Lekiuu

Dulu.. Aku kau panggil sayang, aku yang kau puja, aku yang dimanja, aku lah segalanya.. Kini, mengapa kau mungkiri? Di mana kata-katamu dulu? Kau tidak seperti yang pernah ku kenal.. Abi, ayang akan sabar dengan hubungan ini selagi ayang mampu.. tapi maafkan ayang andai satu hari ayang terpaksa pergi meninggalkan abi bersama cinta kita yang tidak berpenghujung.. Aku bercinta bukan untuk mengisi kekosongan tapi aku bercinta kerana aku ingin melengakapi kehidupan.. Aku ingin menuju ke redha Ilahi. Yang aku inginkan adalah perhubungan yang halal, bukan sia-sia.. Fahamilah aku..


Nor Amiera Miera

Kadangkala kita perlu menyepi untuk mencari kembali kekuatan diri yang hilang. Adakala kita perlu menyepi untuk menncari ketengangan hati. Adakala kita perlu menyepi untuk kebaikan diri sendiri.


Asyraf Asril

Wahai Kaum Adam, Jika benar kau kash & cintakan seorang Hawa itu, bawalah dia ke jalan Allah, Nasihatilah dia, Perbetulkan kesilapannya, Jagalah dia dengan baik. Kasihanilah dia. Lindungilah dia. Berilah kasih sayang padanya. Hargailah dia. Ucapkan terima kasih atas kelebihannya. Bersabar dengannya. Terimalah & cintailah kekurangannya. Jadi imamterbaik dan redhalah padanya.


Jie Putry Bongsu

Dalam garang seorang wanita pasti ada lembutnyasemarah-marah seorang wanita pasti akan hilang juadalam benci seorang wanita, pasti ada kasih sayang juadan menyayangimu tidak beerti dia menunjukkannyakerana lumrah seorang wanita mempunyai sifat malukerana kelembutan seorang wnaita merupakan fitrah tercipta


Puteri Ida

Rahsia Cintacahaya dimatamumembuat aku terpakumembiarkan duka berlalukerana kau yang ku mahu dan yang kutunggu-tunggubertahun aku menyintaimumasih belum dapatku rasakanbahagia untuk kita berduamungkinkah kini kau sudah ada yag punyaku menahan rindu dihatikuku tak mampu untuk meluahkan cintakuhanya kerana aku takut tu kehilangan dirimuku biarkan diri ini meranasemata ingin kau bahagiatak mengapa andai akumengalahinilah rahsia cintapilunya rasa hatibila engkau tiada disisinamun kau tahu ku masih menantidatang kembali kepadakuku akan menjagamuku merindukan dirimuku merindukan senyum dan tawamudimanakah semua berlaluusah biarkan diriku menangis piluku menahan rindu dihatikuku tak mampu meluahkan cintakuhanya kerana aku takuttuk kehilangan dirimuku biarkan diri ini meranasemata ingin kau bahagiatak mengapa andai aku mengalahinilah rahsia cintadimanakah kata mudimanakah janji-janji dulutak bisakah kau mengerti hatikuyang lama memendam rasa.


Fid Ated

Mencari ketenangan abadipasi suka duka akan kita laluipahit manis akan kita harungitangis dan tawa silih bergantidoa dan harapan menjadi teman sejatidemi mencari kebahagiaan yang hakiki.


Nurul Husna

Tinta cinta ini aku layangkan agar kau dapat mendengarnya.. am.. aku tetap tertawa walau aku sebenarnya ingin menangis.. aku tetap tersenyum walau aku sebenarnya kecewa.. aku tetap kuat walau aku sebenarnya dah tak sanggup lagi.. aku tetap semangat walau aku tertekan oleh masalah… dan yang paling penting aku tetap sabar dan memandang segalanya baik sahaja walau sebenarnya hatiku lemah dan sedang terluka.. kerana apa.. kerana aku ingin buktikkan padamu, cinta ku tak mudah mengalah untuk dapatkan semula cintamu.. kerana sekali aku lafazkan cinta.. sampai bila-bila aku akan cinta.. suatu hari akan terjelas untuk mu. betapa tulusnya aku mencintaimu. yang menyayangimu.


Iman dari Batu Pahat, Johor.

Ay, aku pinta agar kau mngerti disetiap langkah coretanku ini, aku jua mengerti disaat 8 tahun suka duka kita harungi bersama mencita tugu cinta yang suci tapi ternyata aku tak berdaya untuk melawan takdir yang maha esa, aku harap kau mengerti walaupun perit, sedih yang kita di perpisahan ini tapi kita harus tabah untuk menerimanya dan walau sedalam manapun cinta kita tanpa retu orang tuamu, kita takkan mampu untuk bersama dan aku rela mngalah mengunduri diri demi kebahagiaanmu Ayu, memang berat rasa hatiku untuk melepaskanmu tapi apakan daya aku untuk melawan takdir kerana kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. aku harap kau dapat melupakan aku dan terimalah dia seadanya kerana dia pilihan orang tua mu. maafkan aku Ayu dan aku doakan moga kau bahagia selama-lamanya.


Diah dari Port Klang

Umie nak abie tahu yang uie terlalu sayangkan abie, ummy rasa bahagia bila abie ada dekat disisi ummy, walau bermacam dugaan yang datang, walau berbagai godaan yang datang, kasih sayang ummy hanya untuk abie seorang, ummy tak mengharapkan apa-apa dar abie cuma satu permintaan ummy abie jangan abaikan ummy dri hidup abie, walaupun kita berjauhan tapi abie dekat hati ummy, terima kasih abie kerana sudi terima kekuangan dan kelebihan yang ada pada ummy. Ummy sayang abie.

Buat Shahibi yang berada di Kuala Terengganu.


Abdul Jalal dari Felda Rentam, Bera Pahang.

Sayang, mengapa hati b ni sanggup kau lukai, kenapa kau masih ragu-ragu dengan cinta b ni sayang.. Jujur dari ati b ni sayang, b memang ikhlas mencintai sayang, tiada perempuan lain yang boleh mengantikan sayang, setiap malam b tringakan kenangan kita bersama, b mohon jangan kau lepaskan ikatan cinta yang suci lagi nurani ni sayang. percayalah b setia pada sayang. nkasih b tidaklah beribu dan cintku hanya satu untk dirimu.

Khas buatmu sayangku, Noorakasha.


Rosnita Asri

Hari yang berlaluBegitu pantas berlaluTanpa aku sedariterlalu banyak kenangan terciptaatara kau dan akutapi hubungan ituhanya sebagai satupersinggahan untuk sementarakau pergi meninggalkan akudengan pilihan orang tuamuaku redha dan pasrahitu semua takdirtakdir yang harus aku terimadengan hati yang terbukasemoga kau bahagia bersamanya.


Hasmawati

Andai masa dapat ku undurkan kemballi, tak mungkin ku lukakan hati orang-orang yang menyayangiku, tak kan ku calarkan walaupun segaris lluka, kerana ku tahu parutnya amat dalam dan tidak akan hilang buat selamanya.. Aku ingin kebahagiaanku yang dulu, walaupun ku tahu aku tak mampu untuk mnegubah takdir ini.. Hanya mampu ku sentiasa doakan di hujung penderitaan ini akan ada hari yang membahagiakan hati aku dan anak-anakku.. Amin..


Fara

Di saat kita bersama, kebahagiaan yang kita mampu kecapi dahulu terasa sehingga sekarang.. tapi tidak selamanya kerana hubungan yang kita bina telah berakhir buat selamanya.. Kenangan yang kita lalui bersama akan aku simpan di ingatanku.. Aku tidak sanggup untuk membuang kenangan kita bersama dari ingatan ku kerana aku amat mencintaimu.. Hanya engkau dihatiku.


Lyn dari Kelantan

Istimewa untuk pemilik cintaku. Kau hadir dalam hidupku tanpa kupinta, Tanpa ku seru namamu, indahnya ketika itu bagaikan aku seorang yang memiliki cinta di dunia ini.. Jujur, kaulah yang pertma menetap di hati ini.. melalui hari-hari tanpamu menyesakkan dadaku.. melalui hari tanpa tawa mu beratnya mataku untuk lena.. doaku, moga kau tetap di situ.. sebagai pemilik cintaku hingga ke akhir hayatku bersamamu. Salam sayang untukmu.

Khas untuk Ley Tangga Batu, melaka.


Siti Hajar

Tiap detik, aku menangis.. tiap detik ak merintih.. memikirkan apakah makna hubungan kita.. kau hadir tatkala aku memerlukan eorang teman untuk mengubat duka dihati.. Tapi kebahagiaan yang aku kecapi dngan mu hanya sebentar.. kini, tip-tiap hariku cuma ada tangisan, terkadang aku terasa diri ini benar-benar hina pada pandangan mu.. Kau menghinaku tanpa rasa bersalah, kini aku telah penat, biarlah hidupku sunyitanpa cinta, demi melihat kau bahagia.. Biar ku undur diri..


Khairul

Insan yang aku sayang berubah hati.. kadang-kadang rasa diri ini tak mampu untuk teruskan lagi. Kadang-kadang kesunyian tu buat diri ini lelah dengan perasaan sendiri. kadang-kdang tak mampu untuk bangun untuk ke depan. Kadang-kadang setiap bangunku dugaan itu datang dengan tiba-tiba. Kadang diri ini pikrkan dirimu.. Apakah salahku sampai kau pergi setelah kau lafazkan cinta. Adakah kau datang dalam diriku untuk sakiti niat suciku.. Kini ku terluka.. Mungkin ini yang harus aku lalui saat bersama mu.. kini aku rela apa ang telah terjadi, kini ku pergi bawa hati yang terluka. doaku untukmu semoga kau bahagia, jangan la kau pikirkan diriku. Tahu la ku ubati hati yang terluka ini. Salam dari ku Ilham.

Buat Norlila bt Talib.


Ratna Kasih dari Jasin, Melaka

Syang, kasih kita padu bagai tugu di atas gunung salju.. walau kini kau milik orang lain tapi aku tahu kau tetap mengharapkan satu hari nanti kita akan bersatu.. kalau kau memang takdirku.. aku setia menunggu seribu tahun lagi walau cuma kita bersatu di alam lain.. aku amat cinta padamu.. sekarang aku sedang membina banglo untuk mu sayang.. sebuah villa yang amat indah yang ku beri nama liya qarlina. sayang kamu.

Buat Lidya Marliza Mohd Zin Din Selandar


Bani Akmal Yusuf

Ke timur ku mencari, ke utara ku berlari. Berlari mencari erti cinta nan suci. Kemana saja ku mencari, sepi menemani. Kemana saja ku berlari, pasti ada saja halangan berduri. Jatuh dan rebah ku gagahi berdiri sendiri. Tiba disini disisi pergi. Meneguk air di pagi hari. Sejuk dan nyaman ku rasai. Sekadar hanya menghilangkan dahaga di hati. Ku teruskan pencarian ini ke dunia yang tidak pasti. Sering saja ku kecewa lagi. Tanpa ku sedari cinta itu masih jauh untuk aku miliki.


Mazyanti Mazlin

Semalam kita kenal..Keluar bersama-sama tapi hari ini kau berubah.. Aku kau sia-siakan.. Tanpa sebab yang pasti.. Kau beri harapan menggunung kepada aku. Tapi akhirnya kau juga yang merobohnya.. Hati aku menangis tak pernah kau peduli.. Sakitnya hati ini tak pernah kau ubati. Tapi aku berserah jika ini yang kau nak kan.. Mungkin ini cara kau buat aku bahagia.. Teima kasih sayang.. Aku bahagia kenal kau.. Terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup ini.. Aku sentiasa sayang dan mencintaimu walaupun kita sudah tidak bersama lagi.. Walaupun pahit kau beri aku terpaksa telan jua. Semoga hubungan kita setia sebagai kawan.. Aku senitasa mendoakan kau bahagia dengan pilihan baru mu.. Terima kasih, kasih.. Jika ini kali terakhir kita berjumpa, janganlah kau bersedih atau kesal atas kesesalan mu sayang.. Aku mohon pergi jauh dari hidupmu.. Untuk selamanya..


Asmida Zuhaimi

Mengapa mudahnya hatimu mendua. Ku lapangkan dada walaupun aku terluka. Semoga bahagia bersama dirinya. Kerana kau telah memilih dia. Betapa sakitnya apa yang ku rasa. Tuhan, kuatkanlah hatiku yang terluka. Semoga ku bisa mlupakannya. Kerana akau masih mencintainya.


Eyrra Annalyse Enrique

Cinta kita sudah tertulis dalam suratan. Tapi masih lagi idak pernah bersatuCinta kita bertemu tatkala kita mempunyai insan alin didalam kehidupan dan kita hanya mampu mencurah pasrah dihati. Menunggu keadaan datang berganti. Menyuluhkan sebuah harapan untuk cinta kita berputik. Menunggu takdir kita bersama sehidup semati. Tapi apakan daya peluang itu susah mendatangi kita. Hati sedih dan kecewa. namun ku gembira erana kita masih lagi dapa mencipta kenangan dan bahagia walaupun sementara. Terima kasih sayang. Ikhlas dari isi hatiku.


Imaanie Azzahrah

Tika siang melabuhkan trainya, maka mejelmalah sang malam yang setia menanti. Hidup bertemankan kegelapan yang penuh kepahitan tiada arah tujuan. Bagaikan hilang penglihatan kerana dilIputi oleh KegelApan sang malam. Tika ni baru ku sedari, betapa kuperlukan seorang teman disisi. Betapa pilunya hatiku bila terdengar kau berkata aku tidak diperlukan lagi. Sayangku yang dulu tiada gantinya kini sudah menjadi benci. Benci diperlakukan begini. Aku harapkan hubungan kita mampu bertahan sampai ke nafas yang terakhir. Rupanya tak kesampaian. Bila datangnya orang yang ketiga aku dibuang seperti sampah. Setelah melangkah pergi, kau tak lagi menoleh ke arah ku. Aku redha kerana apa yang terjadi sekarang adalah ujian darI Allah. Aku doakan semoga kau bahagia bersama si dia. Salam maaf andai aku salah.


Ummi Marsheyta

Bila cinta didustai sakit sangat. Kala berkata cinta penuh kasih sayang.. Tiba-tiba berubah.. Airmata itu tak mampu berhenti.. Kenapa bermin perasaan andai cinta itu sebenarnya berpurapura kerana kesepian di kala jauh keseorangan.. apakah salah cinta ini.. Kerana ketelusankah atau kerana telalu mempercayai.


Farah Wahidah Md Zin

Kau temanku kini..Kau yang berada disisiKaku penawar luka dihatiKau jua yang memberi keceriaan padakuKau yang istimewa buatkuKau jua yang membuahkan rasa kasih dalam hatikuKau juga sentiasa bersabar dengankuKau sentiasa mencurahkan rasa kasihmuKau sering kali menjaga perasaankuKau jua sentiasa memberi yang terbaik untukkuKau sentiasa menemaniku tanpa kusedariKau menyentuh hatiku dengan kasih sayangmu ituKau mengubah diriku menjadi insan yang baruTerima kasih ku ucap padamu atas kasih sayangmu.


Sharmiza Jaafar

Andai kau dapat melihat hatiku. Andai saja kau dapat membaca fikiran. Batapa ruang jiwaku penuh bayanganmu. Menghiasi hari-hariku. Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku. Cintailah aku dengan kesungguhanmu.


Sham Shamsul

Cinta itu fanatik.Datang secara automatikPerlu diuruskan secara sistematikTak perlu pandai matematikMesti akan romantik.


Ezzat

Kasih.. Andainya aku bersalah ku harap kau tidak akan terus menghukum aku kerana aku sedar aku tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. Kasih.. Ku sedari aku tidak sepintar dia menyusun kata unuk menghiburkan hatimu tetapi aku mohon kau izinkanlah aku membahagiakan hidup mu dengan keikhlasan cintaku kerana aku tidak berdaya lagi untuk menafikan kenyataan betapa aku amat mencintaimu.


Nor Haliza Mustapa

Ada keikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan terujiAda ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita terkeliruAda ketikanya insan ayng kita sayang, selalu membuatkan kitaterlukaAda ketikanya insan yang kita sayang, semakin membuatkan kita terkilanAda ketikanya insan yang kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipisAda ketikanya insan yang kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis air mataNaumun kta tetap menyayanginya kerana dia sentiasa bertakhta di hati.


Sabariah dari Pasir Gudang

Papa, kasih sayangmu amat berharga buatku. Kasih sayangmu tiada tandingnya. Kau segala-galanya bagiku. Tanpa dirimu hidupku tiada bermakna lagi. Papa, bermacam dugaan yang kita tempuhi bersama walaupun berbagai rintangan yang kita lalui, kita hadapinya bersama-sama. Aku hargai segala pengorbananmu selama ini. Kau sanggup bersusah payah berusaha untuk membahagiakanku. Terima kasih tak terucap dariku buatmu kerana kau sanggup lakukan apa saja demiku. Papa, janganlah kau ragu akan kesetiaan dan kejujuranku terhadapmu kerana hatiku hanya milikmu selamanya. Tiada yang dapat memisahkan kita kecuali takdir yang menentukan segalanya. Kita hanya mampu berusaha untuk mempertahankan mahligai yang kita bina bersama. Tiada apa yang mampuku berikan padamu, cuma yang ku ada hanya sekeping hati dan sayangku padamu. Papa, walaupun apapun yang terjadi, aku akan tetap menyayangimu hingga ke akhir hayatku. Kau hargailah kasih sayangku ini terhadapmu. Janganlah kau persiakan hiduku ini. Kerana aku tak sanggup berpisah dan berjauhan denganmu.

Ditujukan buat suami Zaha.


Aini Ibrahim

Dia.. Suami yang mengerti. Dia.. Suami yang setia di sisi. Dia.. Suami yang memahami. Dia.. Penghuni di kamar hati. Moga kehadiran Muhd Rizqy Ramadhan mengikat keutuhan benteng cinta kita. Always Love you dear.. Thanks for everything.

Buat suami tersayang, Fahmi Ibrahim


Zie dari Alor Star

Dee, terima kasih atas kehadiran mu sewaktu aku dalam kelukaan yang begitu parah. Sikapmu yang kelakar dan ceria selalu mendamaikan aku. Walau aku tahu di sebalik tawamu ada sejuta lara. Dee, hampir 2 tahun perkenalan kita tapi aku sendiri tak tahu apa sebenarnya status hubungan kita. Yang pasti kita sama-sama memendam rasa. Mungkin sebagai teman tapi mesra dan mungkin lebih dari itu. Apa yang pasti aku rasa tenang dan bahaga sekali bila dapat panggilan dan sms darimu. Bersama mu buat aku terlupa segala masalah dan segala kepahitan kenangan silam. Ya Allah, Ya Tuhanku.. Kenapa aku terlalu menyayanginya. Kenapa semakin hari aku rasa semakin dekat dengannya.. Andai dia jodohku dekatkanlah aku di hatinya. Kekalkanlah kemesraan kami hingga ke hujung nyawa. Amin..

Khaas buat Rosdi Nayan yang berada hanya di sebelah rumah.


Nanie dari Kulim

Masa semakin berdetik, setiap minit, setiap saat namun beberapa lama masa yang harus aku ambil untuk menunggumu. Jika ada sedikit ruang untukku dihatimu, ku berharap waktu akan menjawabnya. Andai kau tahu, dalam doa ku sebut namamu dan andainya kau tahu dalam sunyi ku masih menanti kehadiranmu dan dalam hati aku masih menunggu kesucian dari cintamu itu. Satu sahaja yang harus kau ketahui, cinta yang masih mekar dihati ini, takkan pernah mati untukmu. Kerana cinta suci ini pastilah milikmu. Janjiku padamu tidak akan ada orang lain yang akan mendapat kesucian cinta ini selain dirimu dan selagi nafasku masih terhembus, selagi itulah cinta ini akan setia buatmu dan aku sabar menanti.

Khas buat insan yang bernama Akashah


Sahara dari Petaling Jaya

Abang, kedukaan yang kau berikan padaku amat mendalam dan bermakna sekali sehinggakan aku terpaksa melangkah pergi meninggalkan dirimu buat selamanya. Kebahagian yang pernah kita lalui bersama dulu hanyalah seketika. Biarpun seketika namun kenangan indah dalam hidupku. Betapa sayangnya aku padamu. Hingga aku lupa keahagiaan yang aku dapat dirimu rupanya milik orang lain. Abang, hancurnya hati ini bila aku disuruh melepaskanmu buat selamanya. Biarpun hati ini tidak rela melepaskanmu namun aku terpaksa meninggalkan jua dengan hati yang terluka dan ku bawa bersama dengan airmata cintamu. Biarpun luka dihatiku amat dalam namun ku selalu berdoa agar kau dan dia berbahagia selamanya. Izinkan aku pergi dari hatimu buat selamanya. Pesananku jagalah perhubunganmu bersamanya dan jangan pernah kau lukai hatinya sepertimana kau lukai aku.

Buat Kamarul Azmy yang bertugas di Shell Seri Alam Masai, Johor Bharu.


Afizi Jagat

Ezzyra..Kasih ku terhadap mu adalah kasih mati hingga akhir hayatku. Ku harap diri mu kembali. Ezzyra, aku tidak mampu memujuk hati yang di renung masih aku rindu. Bila resah datang gelisah bertandang sepi berdendang. Aku merindui untuk bersamamu kembali menghilangkan luka di hati. Menganyam setiap memori sepi. Memujuk diri untuk dicintamu. Semua rindu agar menjadi sejarah di hati abadi.


Qaseh dari Perak

Malam ini aku termimpi, mencari-cari wajahmu dibalik pelangi, rupanya saat ini hatiku telah disakiti. Mengapa hatiku selalu kau sakiti. Sudah kau tahu sayangku padamu amat tinggi. Mengapa dulu kau taburkan janji yang membuatkan hatiku mudah kau miliki. Sebelas tahun aku menanti dan akhirnya begini yang terjadi. Apa erti kasih apa erti cinta jika tiada setia. Tak perlu ucap sayang jika kau tidak tahu menilainya. Aku akan belajar untuk melupakan dirimu buat selamanya.


Tauffik MTS

Terlebih dahulu abang ingin meminta maaf dengan manja diatas kata-kata abang pada manja. Ikhlas dari lubuk hati ini tak terlintas di fikiran abang nak ungkap kata-kata pahit perit pada manja. Abang buat macam itu bukan kerana abang benci. Tapi abang terpaksa kerana abang dah tak boleh sabar dengan sikap manja yang membuatkan abang hilang pertimbangan. Terlalu banyak abang bersabar dengan kata-kata manja. Biar la manja terus bencikan abang dari hati manja untuk selamanya. Abang berharap manja akan bahagia bersama insan yang bertakhta di hati manja. Abang akan doakan kebahagiaan manja, dunia dan akhirat bersama suami yang bakal nikahi nanti. Tak usah la manja kenangkan abang lagi. Dari awal abang halalkan pada manja apa yang telah abang berikan dulu. Abang berharap selepas ini tak usah lagi kita kenangkan lagi hubungan yang pernah terjalin ini. Anggap je ia tak pernah wujud dalam diari kita.

Untuk Norarfinda bt Md Arfa


Azly Hafiz

Allah lebih tahu apa yang terbaik buatmuAndai kau yakin dialah yang diciptakan buatmuDoakan agar hatinya sentiasa padamu.. Amin..Sabarlah WanitaTak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementaraAda cinta yang lebih kekal abadi buat dirimuAda cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahanAda cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjengukApabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta Maka tak perlu lagi kau kejar cintaManusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semataBila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alamMaka itulah sebenar-sebanrnya cinta sejati.


Umiee Nur

Semangat kian hilang dimamah lukaAirmata peneman setia terus jatuh tanpa diundangKelibat mu kurasakan makin jauhApatah lagi kasihmu yang sudah pergi entah kemanaMimpi ku kian ngeriTakut rasanya memejam mataAndai mimpi luka datang lagi


Nia Zahraa

Cinta itu butaTak dapat diungkap dengan kata-kataHana perbuatan dan tindakan yang membuktikannyaSehingga lahir pada tingkah laku dan tutur biacaraSetia itu tanda cintaIanya satu tiada duaSusah senang ditempuhi bersamaWalaupun tiada didepan mata.


Larahati Daus

Kalau terlambat orang lain rembat, menangis airmata darah pun takkan dapat apalagi kumpul lah duit cepat-cepat, hantar rombongan meminang, cincin disarung tanda diikat. Moga bahagia kelak sepakat agar bahagia didunia dan diakhirat.


Nor Fahimah

Lumrah sebagai manusia menginginkan kesempurnaan tapi nilaikan dahulu sebaik-baiknya jangan hanya kerana paras rupa menawan dan harta yang banyak segalanya dipandang elok. Jangan hanya kerana ingin mngejar kebahagiaan didunia, maruah tergadai. Bijaklah memilih cinta untuk kebahagiaan yang berkekalan. Jangan menyesal dikemudian hari.


Alieyah Ieka

Aku mencintaimu kerana tak ada satupun cibta sejati yang aku temukan selain diri kamu. ku mencintaimu kerana semua hal yang elah kau beri tanpa harap kembaliAku mencintaimu kerana kamu tidak pernah tau aku bersalah juga padamuAku mencintaimu kerana gigihnya usahamu untuk mendapatkankuAku mencintaimu kerana sela jemari tanganku ini, hanya tergenapkan utuh oleh jemarimu ketika kita saling menggengam dan jatuh cintaAku mencintaimu kerana disisimu, sepiku hilang. Disampingmu, aku terjaga dan bersamamu au bahagia.Aku mencintaimu kerana hanya dirimu yang membuatku merasa tenang dan bahagiaAku mencintaimu kerana aku dari awal yakin akku akan dapat menjadi apa yang kau butuhkan dan apa yang kau selama ini cari.Nukilan cinta dari seorang isteri, Ieka di Saujana Utama 3, Sg Buloh, Selangor. Khas buat suami yang jauh dimata dekat dihati, FaisalRul Nizam di Felda Tersang 3, Raub, Pahang. Moga hubungan yang kita bina atas dasar cinta ini akan kekal sehingga akhir hayat kita.. Amin.


Halin Ame Hussin

Airmata.. keluarlah..Jika itu dapat membersih..Dari kekecewaan..Dapat kelegaan nanti..Cinta.. pergilah..Andai itu bukan milik kita bersama..Sayang.. Masih ada peluang dan ruang..Sekiranya.. Ia milik abadi Tapi.. Itu semua ketentuan dari pencipta-Nya.


Amirul dari Palekbang, Kelantan

Ingin ku curahkan rasa kepada gelapnya malam iniKisahkan cerita tentang dirinya yang kusayangSemua rasa rindu di hati iniSemua rasa duka tentang pahitnya hidupSemua terubati dengan kehadiran seseorangDia yang pengertianDia yang lembut, berwibawa, sungguh mempersonaKau hadirlah di sepinya hatiku.


Rafiq dari Perlis

Nirah.. Sejak pertama kali ku melihat wajahmu, hatiku telah terpaut padamu, ku cuba mengenali dan rapatkan diriku denganmu. Hari-hari yang kita lalui bersama terasa begitu indah sehinggakan aku jatuh cinta padamu. Aku cuba sembunyikan perasan darimu, namun akhirnya aku luahkan jua isi hatiku namun setelah segalanya ku jelaskan, ku hanya mengucapkan kata maaf kerana katamu kau belum bersedia. Aku tabahkan hati dan akan terus menunggumu.

Buat Siti Munirah Kuala Ketil, Kedah.


Siti Shafiza dari Jasin, Melaka

Abang, untuk setapak kisah hidup yang pernah za jalani. Ada kasih sayang abang dalam hati sebagai semangat diri untuk Za terus bertahan.Waktu Za sakit walaupun abang tiada disisi ada doa yang abang kirimkan sebagai ganti. Bila Za menangis, Abang pujuk dengan kata-kata gurau senda yang buat Za tersenyum tiap hari. Bahagianya saat itu.. Ketahuilah Abg, Za tak pernah membenci malah sentiasa mengingati. Abang tahu tak sekarang Za dah sihat. Alhamdulillah, ini berkat doa mak, adik-adik & abang jugak yang sabar melayan karenah Za masa sakit dulu. Terima kasih ye. Za tak punya doa untuk membalas atas prngorbanan yang tak ternilai ini. Za hanya mampu doakan orang-orang yang Za sayang, bahagia sentiasa dibawah limpah rahmatnya. Abang, apa yang terjadi adalah ujian dari-Nya. Banyak hikmahnya juga untuk kita jadikan pengajaran. Ketika hati ini di detikkan sesuatu.. Tanpa sedar ia terus terusik.. Tiada kuasa untuk kita menepis menjauhi sebab itu fitrah insani untuk kita saling mengasih, menyayangi dan merindui. Indah sangat untuk kita rasai, perit jugak untuk kita pertahankan.. Abang, atas restu Allah, Za ikhlaskan kasih dengan izin dari-Nya jua Za redha terima segalanya.

Untuk Edy Endry Nizam di Balai Polis Shah Alam.


Hasmah di Kota Bharu, Kelantan.

Abang, terima kasih banyak kerana sudi terima Ayang kembali dan setelah lama kita terputus hubungan ini. Akhirnya kita disatukan kembali dan sayang bahagia sangat dapat bersama Abang dan Abanglah teman sepi dalam hidup ayang saat Ayang kesepian dan Abang selalu buat Ayang ceria dan Ayang menyesal sangat kerana dulu pernah tinggalkan Abang dan kini Ayang bersyukur kerana kita dipertemukan semula dann Abang selalu ambil berat ke atas diri Ayang dan selama ini Ayang tak nampak serta sedari akan kebaikan Abang.. Ayang buta akan semua itu! Abang, terima kasih kerana sudi izinkan Ayang bercakap dengan mak Abang dan Ayang doakan semoga hubungan kita ini akan kekal hingga ke jinjang pelamin.

Buat Mat Rizal di Kg Melintang, Kuala Terengganu.


Yanie dari Taman Daya, Johor Bharu.

Jika sesuatu itu milik kita, sesulit apapun jalannya apapun rintangannya pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita tetapi jika sesuatu itu bukan milik kita walaupun mudah jalannya walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya, tidak akan pernah jadi milik kita kerana memang bukan untuk kita.


Asmida Damias

Terkadang rasa geram dan marah menguasai diri.. Terkadang rasa sedih, terasa ada butiran jernih membasahi pipi.. Terkadang rasa benci seperti mahu pergi jauh-jauh.. Seperti mahu enggan melihat wajahmu lagi.. Menyampah dan meluat meracuni hati.. Tapi aku tahu itu hanyalah emosi yang tidak menentu.. Hanya satu yang aku tahu hanya kamu yang ada dihatiku.. Dan yang paling penting aku mencintaimu.. Cintaku terhadapmu adalah setulus hati.. Tak mungkin bertukar dan tak mungkin jua berganti.. Tak semudah itu cintaku boleh di jual beli.. kerana cinta itu lebih berharga nilainya dari wang atau harta yang tersimpan di dalam peti besi..

 


Haziq Idham

Terbit cahaya dalam suramKarya garapan Haziq IdhamDari kepekatan nan malamAsyik syahdu cinta tak padamPadaMU di hai tenang tenteram

Pertemuan pada perkenalanPenglihatan terbit kemesraanPandangan asyik kecintaanLestari cinta indah berseriMeruntun hati tidak sekali

Putih berseri cahaya hatiBertentangan wajah cahaya IlahiKegembiraan penuh kenikmatanKekurniaan dan keagonganKemuliaan demi kesayangan

Indahnya dalam kiasanPuji memuji sesama insan Berzaman cinta lestari bertahanTersurat pada kecintaan TuhanCinta.. Rindu menguasai diriCinta insani pada IlahiMengenali diri faham maknawiTak perlu diucap tak usah dilafaz lagiDia mengerti rahsia hati bahasa cinta lestari


Umiee Nur

Sejarah itu bukan aku yang cipta tapa Allah Maha Kaya Puduraya menjadi saksi pertemiuan pertamaKu tahan rasa untuk jatuh cinta padamuKu tahan segala rindu yang membara dalam hatikuAllah Maha Kaya.. menguji akuAku sering mancari cara menjauhi muMemberi ruang untuk dirimu memilihNamun aku sendiri rasa terluka.. Egonya aku.


Pelangi Hatiku

Saya tidak kisah siapa awakSaya tidak kisah macam mana pun rupa awakSaya tidak kisah awak berharta atau pun tidakSaya cuma nak awak sayangkan sayaMacam saya sayangkan awakAdakah permintaan saya iniTerlalu besar untuk awak tunaikan…?


Ika dari Masjid Tanah, Melaka

Maafkan diri ku tidak dapat bahagiakan dirimu. Ku terima semua dugaan yang datang, tapi susah untuk ku terima yang dirimu telah pergi dri hidupku. Hafis, maafkanlah semua dosa ku terhadap diri mu. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku. walaupun sementara. Ku doakan semoga dikau bahagia dengan si dia.

Buat Hafis di Tenggaroh, Johor.


Syu

Sayang, dulu engkau datang menagih cinta ini. Berjanji, bersumpah untuk setia. Kau kata, akulah nyawamu, akulah jantungmu, akulah yang terakhir. Ingat tak sewaktu aku bersamamu, sakit demammu, sakit demamku jua. Bahagia rasanya ketika bersama. Tetapi hubungan kita tak lama. Aku tersedar bahawa aku lah insan yang paling malang kerana mempercayai kata nistamu itu. Kau pergi tanpa sebarang alasan. Kau tinggalkan ku, kau pilih dia. Ya Allah, hanya dia saaja yang mengerti betapa perit yang aku rasa kini. Engkau tinggalkannya, engkau kembali menagih kasih. Kembali berjanj supaya tidak akan meninggalkan aku. Sayang, hanya satu ungkapan yang dapat ku luahkan. Maaf, aku telah berjumpa dengan kebahagiaan besama insan yang menyayangi aku. Aku harap kau dapat bertemu dengan seseorang yang menyayangimu.


Bety dari Pasir Gudang

Cinta mengajarku apa itu ertinya rindu dan sayang. Cinta juga mengubah hidupku. Begitu indahnya apabila bertemu cinta kerana cinta juga mengajarku apa itu erti luka. Kau anggap aku tidak pernah wujud dalam hatimu. Setelah kau berikan harapan padaku lalu kau prgi tinggalkan aku. Kenapa hati ini yang kau pilih untuk disakiti, sedangkan aku tidak pernah berpura dengan adanya cintamu. Kau biarkan aku terus terluka dan sengsara. Dimanakah kesetiaan dan kejujuranmu selama ini. Mudahnya kau buang aku begitu saja setelah hatiku kau curi. Bila diri ini benar-benar menyayangimu, kau dengan kejamnya membiarkan hatiku melara. Biarlah aku membawa kedukaan ini bersama airmata yang kau titiskan. Nizam, dengarlah..Janganlah kau mempermainkan hati insan bernama wanita kerana hati seorang wanita terlalu lembut. Nizam, izinkan aku mengundurkan diri buat selamanya dan janganlah kau hadir lagi dalam hidupku kerana hati tidak snggup menderita lagi.

Buat Nizam di Johor Bharu.


Sri Halina

Dari dasar hatiku,Aku cukup mengertiCuma kau yang tahuSeluruh jiwku telah kuserahkanSeberkas kasih telah ku pindahkanKuletakkan di hatimuBersemi ia untuk terus mekarMenjadikan hidup kita ceriaBahagia yang ku rasakanJangan pernah dihancurkanAku perlukanmu setiap saat waktu berlaluTanpa gurau sendamuTerasa bagai ada yang kekuranganAndai ada terasa hatiBuangkan ia jauh-jauhSuburkanlah dengan bunga-bunga cinta kitaMoga ia kekal wangi dan semerbak baunyaKerana hanya dikau dihatiku


Nur Hidayah Mohamad

Ketika ini.. Aku menantikan kau kembali.. Kembali menyentuh hati ini seperti suatu ketika dulu.. Indahnya peristiwa itu.. Ketika kau melafazkan kata cinta.. Ku dapat rasakan getaran disuara mu.. Getaran yang belum pernah ku rasai.. Tapi sayang.. Kebahagian itu kini bukan milik kita lagi.. Kebahagiaan itu berpihak padamu dan si dia.. Mungkin ini sudah tertulis.. Bahawa kau dan aku takkan bersama.. Ku cuba bangkit dari kelukaan yang pernah kau ciptakan untukku.. Ku gagahkan langkah kaki ku.. Semoga kau dan aku tetap gembira meskipun tidak dapat bersama.


Iera Amiera

Kepercayaan, kesetiaan, kejujuran, keikhlasan umpaca kaca yang paling beharga dan sejuta dalam satu. Jika sekali ia pecah, mungkin boleh dicantumkan kembali namun tidak seperti dulu.. kerana tidaj seindah yang dulu..


Axu dan Dyer

Dulu mungkin kau yang aku tergilakan sampai aku ketepikan semua yang ada disisi aku. Aku mendambakan mahligai bahagia denganmu berpayungkan pelangi cinta dan beralaskan permaidani kasih tapi kau putuskan aku demi dia insan yang kau puja. Kau memilih dia yang baru hadir dalam hidupmu daripada aku yang sudah temani kau selama ini. Aku tak tahu mana silapnya aku tapi kini aku ikhlas dan redha dengan ketentuan dari-Nya. Setelah berbulan lama hati terluka, hidupku kini bahagia dengan insan yang tahu menghargai cintaku dan ku anggap kau yang pergi sebagai cinta tapi dia datang sebaga jodoh aku yang terakhir.


Amin Amiruddin

Bila hati merasai duka. Tiadalah keceriaan bermain di wajah.. Kepura-puraan yang cuba digambarkan.. Tidaklah mampu menutupi keseluruhan sedih di hati.. Walau ingin dibantu teman.. Ternyata berat di dada sukar di bawa ketawa.. Pun begitu.. Teman setia tetap terus menghiburkan.. Mujurlah.. Dikala bahagia dulu.. Teman-teman tiada dilupa.. Sedikit sebanyak.. Menyejukkan jiwa.. Terima kasih teman..


Ak Eem

Aku tak minta untuk diberi kesenangan tetapi aku berusaha untuk mendapat kesenangan. Aku tak minta diberi kasih sayang tetapi aku mencari kasih sayang. Aku tak minta untuk dibelai dan diberi apa yang aku inginkan tetapi aku membelai dan memberi apa yang mereka inginkan. Aku tak minta untuk mengorbankan sesuatu tetapi aku lebih rela mengorbankan sesuatu demi mereka. Aku tak minta dihargai atau dipandang mulia tetapi aku menghargai dan memandang mulia keatas mereka. Aku tak ingin kesusahan melanda mereka tetapi aku lebih rela susah dari melihat mereka susah. Biar hati aku pedih pilu dan terluka tetapi aku tetap redha kerana aku tahu Allah S.W.T masih setia menemani aku. Biarlah aku pergi demi kebaikan.


Soranginsanyangamat Menyintaimu Sobat

Aku bisa mengerti apa yang kau sampaikan tanpa kataAku masih bisa melihat wajahmu meski terpejam matakuAku masih mendengar suaramu, meski ku tutup telingakuNamun aku tak bisa menutup hatiku saat aku mencintaimu.


Que Cherry

Jangan mencintai tanpa niat menikahi. Apalah gunanya cinta jika berbuah derita. Jalani cinta sesuai syariat itu baru cinta mulia. bukan cintsuci jika hanya tebar janji. Kerana cinta suci itu tetap menjaga fitrah diri.


Lie Jalidrif

Mulanya aku cuma anggap engkau cuma teman biasa namun sejak akhir-akhir ini, aku merasakan hidupku makin kosong tanpa kehadiranmu. Namun aku tetap melawan perasaanku ini kerana aku sudah ada teman wanita. Aku tidak mahu melukakan hati dia yang setia dan sayang padaku. Sukar untukku membuat keputusan ini. Pasti akan ada yang terluka. Bagiku takkan mungkin terjadi dua jiwa satu hati.


Jue dari Kedah

Tersenyum saat kau mengingatkanku kerna saat itu sangat merindukanmu dan menangislah saat kau merindukanku kerna saat itu aku tak berada disampingmu oh sayangTetapi pejamkanlah mata indahmu kerna saat itu akan terasa ada di dekatmu.Kerna aku juga telah berada dihatimu selamanya sayang


Nia Zahraa

Sebak dadaku menahan kepiluanRindu dihatiku berterusan kiniSepiku rasa tanpa kasih dan sayangBersama cintaku semenjak kau pergiSaat yang indah kita tempuh bersamaSaat berduka tinggal aku seorangMengapa kau menghilang tiada beritaSedang kau tahu ku menyintaimuKu mohon berdoa lkepada tuhanSemoga engkau mengerti hatikuBetapa rindunya aku padamuMasih dibayangi kenangan laluDuhai kekasih inikah balasanmuCintaku yang setiaMoga terlepas rindu.


Suria Aiman dari Penang

Setiap hari terkenangkan awakTeringat waktu dibangku sekolah duluWalau hati awak tidak pernah terdetik untuk menyintai sayaSaya bersyukur sebab saya masih lagi boleh jadi kawan baik awak sampai ke hari iniBiar lama saya tungguBiar rindu jika itu saja yang mampu saya miliki dari awakSaya sentiasa berharap moga satu hari awak kan datang menyambut cinta dihati ini yang tak pernah kenal jemu menuggu awak.


Iza Sya

Biarlah aku sendiriPerlahan-lahan perasaan menerjahKe akal fikiran membongkarSegala rahsia hatikuMengapakahGerimis hadir dalam hidupkuMengapakahMendung seringkali memayungikuBersalahkah aku menerima kehadirannyaKeresahan masih tergawang-gawangMasih berpusu-pusu melanda hatikuYang semakin hari lahapMemamah diriku sendiriBerkaca-kaca dari sudutPandangan mataku ini terlaluDeras pasang pusarannyaSurutnya sudah tidak kelihatanDimanakah perginya janji antara kitaAku masih disini yang kau kenali duluDilubuk yang serupa tiadaBerubah seperti sedia kalaAwan kelabu seolah-olah tidak mahuMelepaskan aku hidupku semakinSarat seretannya semakin tersasarArah tujunya sampai bilapun ku pasrahYa Tuhan..Kuserahkan segalanya pada-MuHanya Kau memahami perasaan ku kiniHanya Kau ku mengadu tentang kelukaan iniYang amuk dalam dilema rinduDi mana mulanya dan akhirnya ku tak tahuBiarlah aku sendiri dan terus sendiriBegini..


Qasehku Ros Ros

Terbaringku dalam rinduPenantian yang kian membekuBersama malam penuh syahduWalau kau curangi dirikuAku masih seperti duluTidak pernah jemuDari bayangmuHilang dari pandangankuBiar luka bertamu dijiwaMenghiris begitu berbisaTidak mampu bibir meluahkan rasaPendamkan sejuta rasa hampa.


Azly Hafiz

Carilah cinta yang disandarkan kepada-NyaYang menjanjikan kemanisan didunia dan kelebihan di akhiratSesungguhnya cinta kepada makhluk ciptaan-NyaMerupakan satu fitrah yang tidak boleh dielak oleh seseorang yang bergelar manusiaJangan tertarik kepada seseorang kerana parasnyaSebab keelokkan paras dapat menyesatkanJangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan akan musnahTertariklah kepada seseorang yang mampu membuatmu senyumKerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.


Putera Ryan Azhar

Biar berjauhan hati takkan berubah sampai bila-bila Biar dugaan yang datang melanda diri ini akan ku pertahankan sampai akhir hayat ku iniAku akan jaga dan belaikan kasih sayangnya sampai hingga penghujung akuJika aku pergi jauh dari mu, aku mohon kemaafan dari mu sayangAku amat menyayangi mu dan aku terus mencintai kamu sampai penghujung nyawa ku ini.


Eykin Mokhtar dari Melaka

Ingin aku menahanmu tapi aku tahu aku tak akan bisa menahan jalanmu bahkan sekalipun kita terikat, kita akan selalu berpisah kerana jalan kita memang berbeda. Jadi aku lepaskan kamu dalam tangisku. Aku tahu kamu pun terluka sepertiku. Tapi aku tak bisa menahan lagi meski perasaan ini selalu menjebakku. Kini hanya ada bayanganmu. Bayanganmu yang selalu hadir di depanku. Ku menghadiri kenangan suka duka, kenangan yang tak pernah bisa ku hapus. Seakan terpatri dihatiku. Meski kita berpisah hatiku tak bisa lepas darimu.


Ilham

Lila saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak dan mungkin saya juga tidak layak untuk awak. Saya sedar mungkin saya tidak punya apa-apa dia mata awak. Tetapi ketahuilah, sesungguhnya saya ikhlas untuk menyayangi awak dan demi sayang saya pada awak, saya rela pergi untuk kebahagiaan awak dengan si dia. Lila, saya akan pulang ke kampung saya di Perak dan tinggalkan Johor jua segala kenangan yang telah kita lewati bersama. Walaupun hati saya terluka namun saya tidak mampu untuk teruskannya lagi. Mungkin malam ini saya akan diamkan diri untuk ubati hati yang terluka ini. Lila, maafkan saya dan saya doakan moga awak dan dia bahagia. InsyaAllah disatu saat kita pasti kan berjumpa. Jagalah diri awak sebaiknya. Ikhlas dariku, Ilham buat mu gadis pujaanku, Norlila.


Nash Villa

Sekali kau sudi menerimaku, sejuta kali aku akan setia..Sekali bumi beredar menerbitkan bintang di angkasa bernafas didada langit..Selagi itu kau ku cinta..


Eiyzara Liyana

Bila aku hanya sesaat bagimu, jangan biarkan aku terlanjur untuk menyayangimu. Bila aku tak mampu pergi darimu, jangan salahkan diriku.Kerana kau yang membuat aku terus menyayangimu.


Hairul Nizam

Mencintai adalah satu yang aku impikan tapi aku tak mampu mengubah takdir kita tak mungkin dapat bersama..Namun aku nak kau tahu bahawa semakin aku cuba melupakan mu, semakin sayang dan rindu ku pada mu. Setengah mati aku menyintaimu..


Alo Mahfuz

Aku tahu engkau di sana..Merasa bahagia.. bersama insan tercinta..Kini aku keseorangan.. Terkapai-kapai..,enagih inta yang telah pergi..Biarlah aku merawat lukaku sendiri..Kau memulakan.. Dan aku jua mengakhirkan..Terasa diri ini lenyap dari ceritamu..Biarlah dihatimu tiada akuTapi aku tetap mengingati.. Sepanjang hayatku..


Mastura Abu Bakar

Kemana hilang semangat tika jiwa iniketandusan kekuatanTik hati merindui doronganKemana lenyap kekuatan iniYang dulu teguh mengenali waktuKekuatan dalaman yang padu tanpa menorah pada sesiapa mengejar.


Faiz Bob

Kehadiran diri mu mencuit hati ku.. Pertama kali ku melihat mu, dari mata jatuh ke hati. Berhari-hari ku menanti jawapan dari mu.. Mungkin hari ini titik permulaan antara aku dan kamu. Ku harap hubungan kali ini yang terakhir bagi ku dan berkekalan buat selama-lamanya.. Terima kasih Mira.


Lala Mirae

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.


Kamal Mal

Tuhan..Kau berikan dia kebahagiaan setelah dia aku tinggalkan..Kau berikan dia senyuman setelah aku membuat dia kesusahan..Kau berikan dia penggantiku yang ku tau dia pantas untuk menyayanginya..Tuhan..Sembungikan tangisku saat aku merelakan ia bahagia bersama yang lain..Sembungikan sakitku saat ku tau dia mencintai orang lain..Biarkan ia tetap bahagiaBiarkan aku yang kecewa dan terluka..Kerana itu aje yang diriku termampu untuk beri padamu..


Nurnazila Gilot Naini

Corakkan la cinta itu dengan sepenuh hatimu yang tulus ikhlas kerana cinta yang ikhlas dari hatimu akan membawa sampai ke syurgawi. Tiada cinta yang agung melainkan cinta kepada Allah. Itu akan membawa anda ke syurgawi.


Amin Amirrudin

Ku sedari.. Ku merasainya.. Betapa kau kian menjauhkan diri.. Namun aku menghormatinya.. Namun aku memahaminya.. Kau mengundur diri sebelum cinta di hatimu.. Makin mendalam.. Makin payah untuk berpatah balik.. Kerna kau tahu.. Ku bukanlah pilihan hati.. Seperti mana kau idamkan sejak dulu..


Suhada Azizan

Hidup aku berteman rindu tak pernah padam. Siapa sangka siapa menunggu kau berubah begitu sahaja. Yang aku kesalkan aku korbankan seluruh hidupku keranamu. Bertahun sudah berdua bersama walaupun hidup serba kekurangan bukan kehendakku.


Ilah Ahmad

Walaupun kita tak selalu melihat satu sama lain. Walaupun kita tak selalu berhubung. Walaupun suatu saat kita terpaksa berjauhan.. Tapi percayalah hanya namamu yang sentiasa terukir di dalam hati ini.. Terima kasih untuk kepercayaan yang diberikan.. Semoga cinta kita diakhiri dengan lafaz sakinah.. Amin..


Asyraf Asril

Ku ukir namamu tepat di jantung hatikuMenghias segala rasa yang ada dalam jiwakuKau buat keindahan rasuki di setiap ku hembuskan nafaskuMenghirup udara segar ketika rindu menyentuhkuDatanglah kepadaku di sini aku menunggumuMalam ku jadikan siang dan siang ku jadikan malamSaat pikiran dan khayalan bersemi mendekapkuDi heningnya hari bahagia yang tiada busa membukamSekejap ku tulis dalam benakku tentangmuYang telah hadir di waktu ku memikirkanmuTiada lelah yang sesal mengganggu menghampirikuHilang seketika sepi dan hampa ketika kau adaMenari suka ria, keceriaan telah melengkapikuDan hanya keinginan untuk kita selalu bersamaMatahari sinar terang pancarkan arti kasih sayangMenjelma anggun itu kau tuturkan di parasmuDi titik cahaya cinta dengan sinar bintangAda dan selalu ada temani aku di mimpi nyatakuDarah yang mengalir di sudut ruang dalam jiwamuAdalah kasih yang ku persembahkanDemi kita bersama atas nama cinta kita bersatuDan ku kan ceritakan kisah kita di masa depan.


Anis Shazlin dari Kedah

Andai janji tak pernah dusta, tak akan ada yang kecewa,Andai cinta tak mendua takkan ada airmata.Andai kasih tetap setia, takkan da yang terluka,Andai mimpi jadi nyata, hidup pasti bahagia, Andai hati tulus dan suci takkan ada yang tersakiti,Andai perasaan selalu mengerti, pasti tercapai cinta sejati.


Siti Nurain bt Ahmad Fairoz dari Sijangkang

Salam sayang untuk Muhammad Aizat bin Mohamad Zarani.. Awak.. Saya tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni saya selalu terbayangkan wajah awak.. dan saya dah mula rasa sayang terhadap awak.. padahal kita baru je kenal.. saya tak mintak untuk rasa semua ni.. tapi perasaan tu datang dengan sendirinya.. saya takut untuk terus terang pada awak.. apa yang saya takut.. kalau hubungan kita sebagai kawan akan terjejas bila saya terus terang pada awak.. biarlah saya simpan semuanya.. dan biarlah kita terus menjadi kawan untuk selamanya.. andai ada jodoh.. kita tetap akan bersama suatu hari nanti..


Najidah dari Bandar Pusat Jengka

Ku hanya pendamkan perasaan, abang! Pertama kalinya aku terpandang wajah mu, hati ini telah terpaut akan ketampananmu, suaramu, perwatakanmu, tetapi aku ini hanya siapa seandainya disisimu, sayang.Seandainya kamu kini telah berpunya, aku doakan agar kau bahagia selamanya.


Izzana Mohd Syed

Kisah kita telah lama berakhir..Namun kenangan tetap terukir..Cerita kita telah lama berkubur..Tapi memori kita tetap subur..Meski tidak sesekali..Mengharap dirimu kemballi..Aku tidak mampu menipu hati..Yang dirimu masih kurindui..Bila resah datang..Gelisah bertandang..Sepi berdendang..Aku memilih untuk bersendiri..Menyulam segala duka di hati..Menganyam setiap memori berduri..Memujuk diri untuk melupai..Semua rindu ini..Agar menjadi sejarah di lipatan abadi..


Airuz Farza

Sukarnya memadam namamu. Semakin aku cuba melupakan setiap detik dan kenangan bersamamu, semakin kuat rinduku terhadapmu. Sesungguhnya walau kita saling sama-sama amat kasih dan sayang namun takdir mengatasi segalanya dan sama-samalah kita berdoa semoga satu hari nanti kita bisa bertemu dan bersatu bahagia di syurga.


Batisyah dari Perlis

Di malam yang sepi ini ku amat rindukan dirimu yang jauh disana. Diriku tidak pernah berhenti mencintaimu, percayalah kekasihku, hati ini tak akan pernah berubah walaupun sesaat. Dikau penyeri hidupku, dikau memberiku semangat cinta yang baru untuk terus hidup bersama. Cintaku, sayangku, rinduku, manjaku dan jiwa ragaku hanyalah untuk dirimu sayang. Aku berharap agar perhubungan ini akan kekal buat selama-lamanya. Satu hari nanti kebahagiaan itu akan menjadi milik kita bersama. Usahlah kau ragu pada cintaku wahai kekasihku. Percayalah padaku cintaku milikmu selamanya. Salam rindu, salam sayang dariku untukmu. Wahai cintaku kita sama-sama pertahankan perhubungan ini untuk kita melangkah ke mahligai bahagia yang kita impikan bersama. Sayangilah aku seikhlas hatimu, walau apa pun terjadi janganlah kau membenci diriku ini. Kerana kebencian itu akan terjadinya perpisahan.


Fara dari Puchong Permai

Air mata ini tak mampu lagi mengalir disebabkan lelaki yang sudah berubah hati. Setiap malam diriku tidur tidak lena keranamu. Kenangan kita bersama tak mampu ku lupakan. Walaupun kita berpisah lamanya tapi hati ini tetap ada kerinduan untuk mu. Diriku tetap doakan dikau bahagia disamping orang tersayang walaupun perhubungan kita diakhiri tangisan dan kelukaanku.


Amri dari Kemaman

Puas sudah kau melukakan hati yang selalu mengharapkan kasihmu. Mungkin kerana kau pernah dikecewakan dan aku dijadikan mangsa untuk membalas. Aku cintakan kau tapi kenapa perpisahan yang kau pinta. Kehilangan amat terasa. Kini kau menyepikan diri tanpa hubungiku lagi. Mungkin ini yang tertulis ditangan takdir. Dulu kita satu jiwa & satu impian tapi itu semua hanya untuk mu. Salahkah ku terlalu menyintaimu? Didalam dunia ini tak mungkin ku dapat cari pengganti dirimu. Kini aku sendiri sengsara kerana perbuatanmu itu dan aku bersendirian bersama hati yang telah kau sakiti. Puaskah kau lukaiku? Mungkin hanya bila ku mati kau akan berhenti menyakiti. Kini aku menyedari yang selama ini cintaku hanya bertepuk sebelah tangan dan ku cuma tempat kau berteduh.


Putri Mafuzah

Dengarlah suara hatiku.. Abang, ku merindui dirimu. Terima kasih hadir dalam hidupku.. Kau terlalu mengambil berat tentang diriku. Ku rasakan terlalu disayangi dan dilindungi.. Abang, walau jarak kita tidaklah begitu jau, namun kerana komitmen kerja kita membataskan waktu kita untuk berjumpa.. Abang, berpeganglah pada janji kita agar sama-sama kita dapat menjaga hubungan suci hingga kita diijabkabulkan.. Abang, ku tahu banyak dugaan yang akan datang menguji kita. Sama-samalah kita tabah melaluinya. Di hati ini hanya ingin dirimu menjadi khalifahku suatu hari nanti. Percayalah kasih ku takkan pernah berubah.


Fiza Hafiza

Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan dan kasih sayang Allah. Sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih engkau miliki.


Shahrul E’man

Andai bukan tadkir kita untuk bersama hingga ke hari tua, aku asrah kehendakNya. kerana sebaliknya semua itu pasti akan ada sinar baagian dalam kehidupan kita. Hanya sekudus doa yang mampu ku usaha agar hubungan ini pulih dan bersinar hingga ke akhir hayat kita berdua.


Zora Izara

Ya TuhankuBerikan aku kekuatanSesungguhnya aku merasa lemah tak berdayaKuatkalah benteng kesabaranSesungguhnya aku merasakan ia semakin rapuh dan hampir runtuh.

Ya TuhankuSesungguhnya air mata ini sering mengalirKering seketika mengalir semulaHati pula selalu terlukaBelum pun sempat sembuh, berdarah semula.

Ya TuhankuHapuskanlah kesedihan dan gantikanah dengan kegembiraanHilangkanlah kedukaan dan munculkanlah kebahagiaan.


Miera Shakira

Pejam mata tak semestinya lena, gembira tak semestinya senyum, sedih tak semenstinya menangis, luka tak semestinya berdarah, pasrah tak semestinya redha, redha tak semestinya ikhlas, ikhlas tak semestinya terucap, rindu tak semestinya sayang, sayang tak semestinya cinta, cinta tak semestinya memiliki, memiliki tak semestinya abadi.


Qasehku Ros Ros

Disebalik tirai malam, hangat kasihmu, masih tersentuh dinaluri ku, tersingkap rahsia hati menggamit memori indah sekali yang terpahat di sanubari.


Nureen Maisarah

Hikamh sabar itu indah. Kini aku cuba mendidik diriku untuk menerima setiap kepahitan hidup dengan sabar dan redha. Kini aku ikhlas meninggalkanmu dan kehilanganmu. Tiada guna terus bersama jika hati terus terluka. Cukuplah, sudah terlalu banyak masa yang ku bazirkan tika kita hidup bersama. Kini, aku ingin memberi ruang untuk hati ini merasai ketenangan yang selama ini ku korbankan buat dia yang tidak pernah menghargai.


Julie Yatie Senyumsokmo

9 hari lagi genap 3 tahun kita kenal tapi tak sempat sampai ke hari itu. Kau berubah. Aku tahu aku tak secantik kawan-kawan perempuan yang kau kenal. Dari mula kita bersama kau dah curang tapi aku diam sebab aku sayangkan kau sangat-sangat. Pergilah. Aku ikhlas. Aku harap kau bahagia. Jangan sakiti hati orang yang sangat mencintai kau. Mungkin aku dan kau tiada jodoh. Maafkan aku kalau aku ade buat salah. Maafkan aku.


Zuraida Saiman Aa’da

Saat ini hanya kau saja yang berada dalam ingatan ku. Betapa beratnya ku rasa menanggung bebanan rindu ini. Saat manis bersama mu terus ku simpan rapi dlm memori hati ku yang paling dalam. Sayang.. Aku amat merindui mu.


Akzaktika Akza

Saat kita menempuhi onak dunri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan megusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak lagi terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tunpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudia ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sina-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang da senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidap hidup abadi. Esok, lusa mana tahu kita akan mati.


Geng Jahat

Menantikn saat termampuPelamin cinta milik kitaKau tak pernah ku curangiMalah sering mengingatkanJangan kerna cinta sanggup kau korbankanHingga hilang segalanyaHanya kerana cinta.


Mohd Shanaz

Tak kuduga, seua akan beakhir begini. Engkau mulakan cinta, buatku bahagia. Sampai tak dapat hati ini berpaling. Larut dalam buaian asmara. Namun kini, semua itu sirna. Yang terasa hanyalah hampa. Dalam hati kurasa penuh luka. Akan ku bawa kemana hendaknya? Mungkin hanya menanti. Saat itu kembali. Mungkin hanya menunggu. Sang waktu menjemputku. Sehingga tak ada satu orang pun peduli. Termasuk kamu, apalagi dia. Mereka hanya dapat tertawa. Dalam batin ini serasa dihina. Namun apa daya, aku orang biasa. Biarlah ku bawa serta lara yang ku rasa. Selamanya. Selamat Tinggal Cinta Hatiku. Dari kekasihmu Mohd Shah Nazruddin


Aril Ridwan

Lamarlah seseorang perempuan utnuk diperisterikan bukannya untuk dijadikan bahan percuaan dalam percintaan. Semua perempuan nak bina masjid kerana Allah SWT dalam suasana sakinah, mawaddah, warrahmah.


Mohd Shanaz

Cinta bukan terletak pada ucapan yang berulang kali. Cinta tidak pernah berubah, cuma insan yang berubah hatinya. Insan yang menangis kerana cinta bukanlah beerti jiwanya lemah, tetapi itulah anatara bukti sebuah cinta yang hebat dan bukanlah suatu permainan. Usah diratapi perpisaha dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan di tangan manusia. Atas kasih sayang Allah kau dan dia dipertemukan dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan kerana hikmah yang tersembunyi.


Zyella Bella

Selama i hidup saya ade awak. Hidup awak ada saya. Walaupun kita hanya sekadar kawan biasa tapi bila saya perlukan teman awak ada. Bila awak ada masalah saya ada. Awak tak pernah menghampakan saya. Tapi kenapa sekarang awak tak pedulikan saya. Apa salah saya dengan awak. Jika saya bersalah dansaya tak sedar kesalahan saya, tegurla.. Beritahu la. Saya sentiasa rindukan awak. Ikut perkembangan awak. Selama saya kenal awak, awak tak pernah buat perkara yang tak betul. Tapi kenapa sekarang awak cuba apa yang awak tak pernah buat. Saya tahu hidup awak kosong. Carilah saya kalau awak perlukan saya. Saya rindu awak! Kak Lin, saya rindu dia sangat. Saya dah rendahkan ego saya untuk berhubung denga dia. Tapi dia tetap tak hiraukan sata. Saya tak tahu apa salah saya dengan dia. Setiap waktu saya fikirkan dia. Saya dapat rasa yang dia ingat kat saya. Tapi dia ego. Sesungguhnya saya sayang dia. Mungkin saya cintakan dia. Saya tak pernah rsa apa itu cinta sebelum ini. Walaupun saya sedar saya tak layak untuk dia.


Zeyla Zahri

Terlalu banyak dugaan dan ujian dalam perhubungan kita, Mungkin ini yang perlu kita tempuhi sebelum memcapai kebahagiaan yang kita impikan. Restu orang tua dah pun kita dapat. Hanya tungu kita putus. Tapi Dia adalah sebaik-baik perancang. Moga Allah berikankita petujuk dan hidayahnya.. Amin..


Rizan Rizs

Bagai deburan rindu bergulung di dalam samudra sanubariku. Tidak mampu memcecah berderai untuk menggapai landainya pantai. Terlalu jauh tepian itu untuk ku gapai. Hasratku tenggelam di lautan harap. Jauh ke dalamnya dasar qalbu. Ku meronta, namun ku tidak berdaya. Gelembung-gelembung rasa merasuk, melalui helaian tarikka nafasku, memenuhi ruang-ruang di dalam jantung dan menyempitkan pembuluh darahku. Kasih.. Hulurkanlah jemarimu sentuh qalbuku, raihlah tanganku dari dasar rindu. Hembuskanlah nafas syahdu, untuk denyutkan kembali nadiku.


Wiwin Reza

Usah dirayu usah ditawan lagi hati ini. Terasa tuli terasa lali dengan pujukan kata-kata manis yang diberi. Biarkan masa yang berlalu tanpa dikenang kembali kerana jodoh dari Tuhan itu pasti. Jangan dipaksa dan mengharap lagi cari la pengganti yang diingin oleh hati.


Nurul Suhaila

Entah mengapa hati ku meronta. Untuk selalu menyebut namamu. Dan aku selalu terjaga dari lena. Semata-mata ingin melihat wajahmu. Tapi kenapa aku rasakan. Aku diibaratkan seperti angin lalu. Kadang-kadang kehadiranku dirasai dan kadang-kadang hanya sepintas lalu. Wahai hati. Tenanglah dikau untuk seketika. Kerana yakinlah dikau bahawa Allah sentiasa bersama kita.


Ieqa Syafiqah

Melepaskan orang yang kamu sayang untuk orang yang dia sayang. Itulah adalah satu pengorbanan. Andai dia bahagia kamu relakanlah perpisahan itu.


Shawn DK

Tuhan mengizinkan kita disakti agar esok kita tahu cara mengubati orang yang terluka. Tuhan membuat kita menangis agar esok kita mampu menghiburkan orang yang sedih. Tuhan menjadikan kita manusia dengan kelemahan agar kita sedar dan tahu bahawa hanya berdoa dan berusaha, Tuhan akan menjadikan segalanya indah pada waktunya.


Nurul Alissa Syuhada (Ellysadiee)

Saat ini aku teramat merinduimu, setelah kau tiada disisi, aku rasakan kehidupan kini tidak beerti lagi. Kau pergi dikala aku memerlukan kasih sayangmu.. Dianakah janji-janji manis yang telah kau lafazkan dahulu. Kau biarkan aku terkapai-kapai di dalam lautan cinta yang telah kau cipta. Kini hanya airmata yang menjadi teman setia dikala aku kesunyian.. Siapa sahaja yang pernah merasakan semuanya, tahulah betapa peritnya yang menyakiti sukar untuk melupakan.. Bab kata pepaah, sakit yang paling dasyat ialah mencinyai seseorang tetapi tidak dibalas. Namun yang menjadi persoalan, kenapa kita membenci seseorang itu tapi merinduinya pada masa yang sama. Kini aku sedarai aku bukan yang terbaik untuk kau. Aku tidak layak mendamping kau. Biarlah aku melangkah demi kebahagiaan kau dan biarlah aku yang melangkah bersama-sama kenangan lalu. Aku gembira dapat mengenali kau walau hanya seketika. Sekelip mata hilang semuanya yang tinggal hanya airmata. Keluluhan cinta hati aku tiada siapa yang tahu. Aku simpan semua sebab di dada dan biarlah akku yang terluka naun aku pasrah mencintai kau meskipun kau tidak menghargai. Aku tahu setiap manusia ada dugaan masing yang perlu ditempuhi. Ada yang bahagia, ada yang tidak. Kehidupan aku selalu dituduh dan di fitnah. Aku redha mungkin itu dugaan yang aku harus tempuhi. Aku tidak pernah dapat kebahagiaan itu. Hidupku selalu sunyi di siang dan malam. Adakah aku selalu dihimpit kesunyian. Hanya Allah je yang tahu. Aku redha apa yang berlaku ke atas diriku. Aku bahagia walaupun diri aku kesepian. Aku ingin cinta kasih nan sayang tulus dalam hati, bukan dibibir. Aku mahu kau menjadi jodohku dan menemani hidupku sampai akhir hayat. Jangan kau pernah sakit dan ecewakan aku jika kau memang cintakan aku. Tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang tidak tahu apa sesungguhnya kau rasakan. menemukan sebuah bintang yang terus menemani sampai menutup mata, berjalan di tengah hujan agar tak ada yang mengetahui bahawa aku sedang menangis dan mencari pendamping hidupku, keluargaku, kekuranganku serta perasaanku dengan rasa kata-kata dan aku mencintai kau dengan tulus bukan dengan kepalsuan seindah bunga ditaman sedamai kalbu. Jangan sampai aku melihat airmata kau hanya boleh ada senyuman yang menghisi bibirmu. Adakah bintang disinar matamu. Adakah pelangi disudut bibirmu. Dan jangan kau pernah mengucapkan kata-kata untuk berpisah. Kerana aku tak ingin hidup tanpa kau akan selamanya rasa itu untuk kau. Bukan kekasih namanya jika hati tidak pernah merindu dan cemburu. Oh Tuhan, seandainya kau catatkan dia milikku, tercipta untuk diriku, satukanlah hati dia dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan, Ya Allah, ku mohon apa yang telah kau takdirkan, Ku harap dia adalah yang terbaik buatku. Kerana mencari seseorang yang punya hati yang mengerti disini, memujuk saat aku marah, merangkul ketika aku terpukul, ketawa saat aku bahagia dan selalu setia dalam keadaan apapun. Akan ketemukan seseorang yang mahu mengerti aku yang akan mendampingi aku dalam suka dan duka, seiring jalan damai mlangkah bersama disisiku. Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihmu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadamu.. Amin..


Noraflah Md Yunos

Hadirnya suka tanpa dipinta. Hadirnya sayang tanpa disangka. Dan hadirnya cinta tanpa dipaksa. Kerana semua perasaan itu bersatu dan mengalir dari dalam diri dan tersimpan rapi di dasar hati yang paling dalam. Rindu Dia.


Nor Hazliza Mustapa

Ada ketika insan yang kita sayang membuatkan kita dalam keadaan teruji. Ada ketika insan yang kita sayang selalu membuatkan kita terkeliru. Ada ketikanya insan yang kita sayang selalu membuat kita terluka. Ada ketikanya insan yang kita sayang semakin membuat kita terkilan. Ada ketikanya insan yang kita sayang membuat rasa sabar kita kian menipis. Ada ketikanya insan yang kita sayang mengguris hati kita hingga menitis airmata namun kita tetap menyayanginya kerana dia sentiasa bertakhta dihati.


Citiey Islam

Cinta yang tulus tak perlu dibaja dengan hata benda dan disiram dengan kemewahan tapi perlu dipupuk dengan ilmu agama agar tidak tersasar ke lembah maksiat.


Zaini Zai Electronic

Cinta itu memanglah sangat indahnya. Maafkan aku sayang kerana aku bukan bermimpi lagi. Kerana tidak sengaja aku menelefon mu semalam. Dan soalan mu masih lagi mengiang di celah celuping dalam telingaku. Kata mu ‘ Mimpi apa nie menelefon Ima tiba-tiba je nie?’ Mengertilah bahawa aku amat merindui dirimu yang ada jauh disana. Dan aku harap kaulah insan yang benar baik terhadap ku. Maaf aku bukan memperli tetapi aku memuji ikhlas didalam hatiku kerana memujimu kerana Allah jua. Yalah. Biar usia mu dan usia ku tiada penghalang kan. Andainya kita sambungkan percintaan kita jarak jauh kita :Andainya kau memberi peluang” pada ku “terima kasihlah padamu Ima” dan bilakah kau kan datang kesini? Jika kau ingin hadir aku sedia menjemput mu” Usahlah kita malu-malu dan aku kan perkenalkan dirimu pada keluargaku :Seandainya kau datang” tidak aku pura-pura lagi pada mu. “Ku tetap terima mu seadanya”. Biar pun kau tak secantk bidadari syurgawi.. pun ku terima mu dan apa yang ku harap-harapkan berilah opeluang padaku yang kali keduanya.. Buat ku ” Aku tak ingin lagi membuang masa “terus hidup sepi ku tiada berteman. Selamat malam pada mu Ema JB.


Azlinawati

Cinta bukanlah kata murah dan llumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.


Budaq Kampung

Jangan pernah berhenti berharap. Kerana kebahagiaan adalah milik mereka yang berharap, meskipun mereka pernah kecewa sebelumnya.


Lisa Adrianna

Entah bagaimana harus aku lakukan untuk hati ini sayang pada mu. Namun hati ini telah mati. Aku raa tenang dan selesa apabila kau tiada disampingku. Namun aku terus bertahan meeruskan mahligai perkahwinan ini demi kebahagiaan anak-anak. Terima kasih diatas setiap penipuan yang sering kau lakukan. Jangan fikir aku buta tak mampu melihat dengan mata hati. Namun hati ini dah tiada perasaan lagi. Dmi anak-anak aku teruskan! Buat insan bergelar suamai Muhammad Razlan.


Norsinah Fazliena Abadi

Terima kasih Ya Allah kau hadirkan sebuah cinta, kasih dan sayang yang abadi dan terlalu indah buat hambamu. Walau jarak memisahkan kita namun cinta ini semakin kuat dan kukuuh sebagai ikatan yang tak akan terleri walau berbagai dugaan yang datang. Cinta kekal abadi.


Ellyshah RS

Dimana kan aku letakkan diriku. Adakah aku didalam hatimu atau aku akan terus berada disini memuja dalam diam. Menyimpan rasa menjadi rahsia. Dalam kesendirian ku di setiap malam-malam ku aku tahu betapa sulitnya untuk aku melupakanmu. Rindunya hatiku rasa rindu yang selalu meruntun jiwa hanya padamu wahai sayangku.


Wanie A Rahman

Rindu suara awak, ridu senyuman awak, rindu ejekan dari awak, rindu gelak tawa awak, rindu panggilan sayang dari awak, saya rindu awak. Tapi saya tak berani nak beritahu semua itu pada awak sebab saya tahu kita dah tak sama macam dulu lagi.


T-Rex Shah

Aku hanya ampu melihat dikau seperti bintang dilangit. Titis embun seperti mengerti apa yang aku rasai. Benarkah cinta akan membawa sinar kebahagiaan? Jika benar, biarpun seribu kali terluka. Aku ingin sekali lagi menyinta dan dicintai.


Hazlin Amer Hussin

Pergilah.. Jika ia bukan milik kita.. jangan seksa sanubari..Andai tidak mampu untuk bahagiakan..

Kesian pada nurani.Kerana ia berhak untuk gembira..Lepaslah perasaan itu perlahan-lahan..

Jangan direntap dengan tangisan rakusmu.Kerana itu akan membunuh jiwaUntuk idak akan jatuh cinta lagi..

Kerana cinta ini terlalu unik..Andai terluka.. Terkesima sangat mendalam..


Mohd Lokman Tampok

Andai esok tiada lagi waktu buatkuAndai esok tidak bersisa lagi hidupkuAndai saja esok mentari pagi tidak menyinari pagikuAndai esok tiada lagi gelak tawakuAndai esok tiada lagi gurau senda darikuAndai esok tiada ruang lagi untukku berdiriAndai esok aku tiada lagi di sisiJangan kau sesalkan apa yang trjadiJangan kau bersedih hatiJangan kau menangisi pemergiankuIkhlaskan segalanya..Aku pergi meninggalkanmuAku pergi buat selamanyaYang tinggal hanyalah cebisan-cebisan memori tentangkuYang tinggal hanyalah sayup-sayup gelak tawakuYang tinggal hanyalah bayangan gurau sendakuAku pergi dengan pesanAku pergi sila kau ikhlaskanAndai esok tiada lagi buatkuMaafkan diriku.


Kayrul Essyam

Tanpa cinta.. Hidup tak beerti . Pencari ini.. takkan berhenti disini. Umpama pencarian MH370 dilautan. Tanpa mengenal erti jemu selagi tak ketemu. Cinta. Dihati ini takkan pernah mati untuk mencari cinta yang menjadi misteri di dalam realiti. Bersabarlah duhai hati yang sunyi dan kesepian telah terlalu lama mengjari hai ni erti sakit yang takde taranya. Kecuali rahmat dari Dia yang bisa anugerahkan bidadari yang merawat luka lara. Dihati ini parut yang tidak terlihat yang tak terkata.


Zulkifli Kepeng

Berkawan tak semestinya bercinta. Sebab kita perlukan kawan sebagai tempat untuk kita luahkan apa yang terpendam dan luahan itu tak semestinya luahan kata cinta cuma sekadar nak lepaskan apa yang tersirat dan tersurat dihati. Bercinta tak semestinya setia. Sebab susah untuk kita temui seseorang yang betul-betul boleh faham diri kita dan terima kita seadanya sebabnya pasangan yang setia, jujur dengan kita adalah seseorang yang selalu dekat dengan kita walau apa pun keadaan.


Cugy Cenduk

Detik demi detik hari demi hari ku melangkah denngan tenang. Jiwaku mula terang. Senyuman mula menyinar. Hati makin terasa indah dan diri ingin terus melangkah tanpa berhenti lagi dan inginku terus berlari dipadang yang penuh dengan wangian kasturi yang membuatkan diri ini terus tegak berdiri, tanpa rasa tersedu lagi. Hidupku kini bagaikan layang-layang yang terus mewarnai dilangit yang tinggi dengan hembusan angin yang penuh dengan erti yang membuat aku terus tersenyum tanpa diagui lagi.


Faizimin Min

Telah sekian lama ku mencari dimana silapnya.. Hati mu berubah keegoanmu semakin memuncak.. Siapakah diri ku setelah hadirnya dalam hidupmu. Cepat kau berubah berpaling mendustai kasih.. Curahan rindu tiada maknanya, harapan menjadi kenangan.. Ku berdoa semoga kau bahagia di samping insan kau cinta. Ku relakan perpisahan.. Kerana ku yakin masih ada cinta..


Puteri Salju

Puisi sepasang hati.. lukaAndai berpisah sedih, sayulah, rasa jiwa.Sedih sayu tiada tuju. Menutup menatap resah. Hati kian rawan dan gundah. Namun apa hendak dikata. Setakat henti ikatan hati.Kerna ego yang meragam jiwa. Apabila ego merejam hati. Kasih tiada dipandang lagi. Terhentilah sudah ikatan hati. Lalu terbiar sendiri sendiri. Dalam kesendirian. Kutemukan kebersamaan pada rindu dan terbebas akal aksaraku. Walau nama dan wajah juga suaranya. Selalu teringat dibenak. Dalam kesendirianku. Ada kebersamaanku entah sampai kapan bertahan. Hanya waktu yang tahu. Sampai kapan pun ingatan ta pernah berlalu dan izinkanlah waktu mengikis rona ingat pada jendela rindu. Aku adalah ruang kosong hanya berteman dengan gelap . Jendela aca perlahan buram karna debu-debu sangka. Lihatlah telah kupersilakan angin bertamu dan kan ku biarkan waktu mengikis semua rindu bukan wajah rindu yang kian menguburkan dalam ruang kosong hatiku dan kesendirianku.


Asyraf Asril

Disebalik hati. Luahan perasaan menyata kata tak terluah. Kata pendam, bebas di lepaskan. Mengapa kau tergamak sungguh. Memperdaya harapan ini. Tunas kasih yang aku semai. Racun berbisa yang kau sirami. Beginikah balasan cinta. Manis kata di bibir saja. Lembut lidah meukir janji. Segunung mimpi berkecai kini. Sesalan tidak terucap. Bila kau beruba sikap. Ku sedar siapa diri ku. Kau buat tempat berteduh. Semoga engkau bahagia. Di samping keksaih baru. Andainya engkau kecewa. Janganlah kau cari aku. Biar saja aku sendiri. Yang mencari damai di hati. Airmata basah dipipi. Tak mungkin dapat membasuh luka.


Nurul Syakirah

Cinta itu diibaratkan permta yang tidak pudar cintaku pada dirinya. Biarlah cntaku padamu tetap dalam hati ini tapi untuk menerima dirimu kembali itu tidak kungkin terjadi. Kerana aku tahu cinta kita takkan bersatu. Biarlah kau terus jadi kawan aku. Aku serahkan segalanya pada Tuhan yang akan menentukan. Biarlah cintamu didalam hati ini.. Kepadamu Tuhan kuatkanlah hatiku ini dalam menjalani ujian darimu. Tuhan, kau berikanlah kebahagiaan kepada dia agar dapat melupakan saya. Saya ikhlas sepanjang hubungan saya dengan dia.


Asrul Own

Jika saya penting, awak carilah saya. Jika saya merajuk, awak pujuklah saya. Jika saya menangis, Awak tanyalah saya. Jikasaya membisu, Awak tergurlah saya. Jika saya salah, Awak betulkan saya. Jika saya berubah, awak maafkanlah saya. Jika saya lupa, awak ingatkanlah saya. Jika saya pergi, awak doakanlah saya. Jika saya masih bertahan, awak hargailah saya. Alangkah indahna JIKA awak dapat memahami saya kan to my love Haziqah bt Zakaria.


Nurnazila Ginot Naini

Kulukiskan rasa cinta ini di taman hati yang kian kesepian warna-warna cinta yang dulu berkelipan kini pudar menjadi bekas yang payah untuk di rawat. Ku relakan dikau pergi menemui kebahagiaan bersama insan yang telah kau pilih. Terima kasih cinta hadir wat seketika. Aku amat mencintaimu.


Eone Shah

Saya One dari Setapak KL ditujukan ucapan ini kepada insan tersayang yang pernah menjadi suri hidup ku. Nornawitul Ne Mat di Negeri Sembilan. Rasanya macam baru semalam kau pergi meninggalkan aku sendiri sendiri. Kurindukan senyuman mu, Gelak tawa mu serta cahaya mata kita yang selalu mengisi hari-hari ku tapi kini kau tiada lagi. Ku rasa seperti semua ini hanya mimpi. Ku mohon pada yang Maha Esa, Jika jodoh kami masih ada, satukanlah kembali hati kami jika dah ditentukan olehNya. Aku redha dan ketentuaan mu, ku mohon agar dihilangkan ingatan kenangan kami bersama dahulu. Aku mahu lihat dia bahagia jika itu kemahuannya. Walau sudah tak bersama lagi tapi hati ini tetap menyayangi mu hingga akhir hayatku dan ku akan tetap menunggu mu jika masih ada jodoh buat kita suatu masa nanti. Andainya aku tiada nanti aku mahu kau tahu tiada siapa yang menggantikan mu dihati ku sampai bila-bila.


Zalina Zakaria

Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air. Si dahaga mendambakan seteguk minum minum. Mata engantuk mencari bantal. Demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.


Ieeraasma Ladies

Kenangan dulu amat susah untuk dilupakan. Kera aku yakin dengan ketentuannya, aku begitu susah ingin melupakanmu kerna kau sering hadir dalam mimpiku. Cinta pertama memang susah hendak di lupakan. Walaupun kita pernah berkawan begitu lama namun jodoh kita tak panjang. Kita berpisah. Tapi kau tetap ku rindui. Walau hakikatnya kau memang sudah tidak ada disisiku lagi. Akan ku doakan kebahagiaan dikau.


Dekwa Wanny

Kecewa macam mana pun kita, jangan sesekali kita buat orang. Biarlah orang yang buat kita, jangan kita berdendam. Sekarang mungkin kita banyak kecewa. Tapi Allah itu Maha Adil, mana tau satu hari nanti kita dapat bahagia yang hakiki sebagai ganti dari segala duka yang pernah kita dapat sebelum ini dan dia akan terima balasan atas apa yang dia buat kepada kita. Jodoh itu datangnya dari Tuhan. Kita manusia kena banyakkan bersabar ok.


Alyah Darwina

Tak perlu lah menanggung kesakitan itu, kalau tidak mampu untuk melakukannya, lepaskalah. Jangan dibiarkan sakit itu menjadi parah, Carilah yang benar-benar mencintaimu.


Mohd Iqbal

Cinta itu seperti bunga-bunga, ia akan tumbuh di setiap hati yang ingin mengerti di setiap hati yang rindu didampingi. Cinta itu seperti seekor kupi-kupu yang indah dan tidak mungkin di sentuh tapi keindahanya dapat menjadikan sebuah taman yang menyenangkan.


Babymilo Akma

Aku ade seorang insan yang bernama kekasih. Tapi aku tidak merasa akan kasihnya. Aku hanya mempunyai tapi tidak memiliki. Kasih hanya bernama tapi tidak terlahir dari hati. Sayang yang aku miliki kini tidak berseri. Tidak seperti bulan pertama perkenalan ira. Kasih yang diberi amat dirasai tapi kini tidak lagi. Inilah yang dikatakan cinta, Cinta yang tidak tahu hala tujunya.


Asswad Hensem

Malam ku tidur tak lena. Teringatkan dirimu. Terimbas kembali kenangan lalu. Alangkah indahnya bersamamu. Mengalir air mataku. Menemani malam sepiku. Ku rindu saat bersamamu. Sukarnya untukku melupakanmu. *Ana Iwani – Kedah*


Shabahah Aris

Aku hanya mampu terpaku dan membisu bila kau hadir di depan mataku. Hanya air mata yang mampu mengalir tapi aku masih menahan. Aku terimbau semua kembali bila kau ada. Mata kasar memang awak akan nampak saya gembira dan gelak tawa tapi pada hatinya, Tuhan saja yang tahu.


Syahrul Aishah

Hati yang tenang kan menjadi berubah tapi hati ku tetap memilih mu sebagai isteriku. Aku hanya insan yang berharga untuk mu. Sayang aku berharap engkau menghargai cinta ku ini dan aku sayangi kepada mu sayang. Wahai intan permata aku sedia melamar mu untuk isteriku. Kepada seseorang yang tersayang.


Faizah Azrina

Kepekatan malam membuatkan aku mengimbau kembali kenangan lalu. Kenangan yang membuatkan aku trsenyum sendiri dikala sendiri dan membuatkan aku selalu merinduinya. Tapi apakan daya cinta yang ku sanjung itu hanya kebohongan semata-mata. Tapi aku tak patah semangat kerana Allah pasti akan memberikan jodoh terbaik pada aku. Kebohogan dia membuakan aku berhati-hati dalam memilih pasangan. Dan janganlah kita fikir dengan ketiadaan dia lagi dalam hidup mematahkan semangat yang ada pada kita. Kita sentiasa mendoakan dia agar hidup bahagia dengan orang yang dia sayang. Mungkin satu hati dia pula yang mendoakan kita.


Mohd Shakirie Eyie

Kadang orang yang mencintai kita tu tak pernah meluahkan rasa cintanya pada kita, tapi tanpa kita sedar! Dia sentiasa menyebut nama kita dalam setiap doanya. Secebis kasih membuat kita sayang. Seucap janji membuat kita percaya. Sekecil luka membuat kita kecewa tapi sebuah kemaafan lebih mulia dari segalanya.


Kamal Mal

Bukan niatku mengundang gerimis di hatimu dikala hatimu bersinar pelangi pagi. Aku cuma mahu engkau mengerti akan perasaan dan rahsia hati ku ini. Terkadang hati ini dilanda kekeliruan diatas perasaan sayang dan kerinduan. Kesukaan dan kebencian selang seli melanda perasaan. Malam ini bintang bersinar indah. Ku harapkan sinarannya sentiasa berkelipan. Supaya dapat menerbitkan kegembiraan. Dan lupakan segala kesedihan


Nani Ouh Nani

Amat perit bila saling mencintai tetapi terpaksa berundur tanpa memberitahu hal sebenar kepada si dia kerana taknak di dia terlalu berharap. Bukan berundur kerana tidak cinta, tetapi berundur kerana tidak diretui keluarga. Sesungguhnya hati terlalu mencintai. Maafkan kerana pergi tanpa alasan. Kepada Fahmi, saya sentiasa mencintai dan menyayangi awak. Andai kata ada jodoh, lari seribu batu tetap akan bersama. InsyaAllah.


Puteri Salju

Saat kau menangis, Biarkan tanganku menghapus air matamu. Saat kau marah, biarkan aku jadi pelampiasan amarahmu. Saat kau butuh teman bicara, tumpahkan semua celotehmu ditelingaku. Hanya ini yang dapat ku lakukan untukmu. Kerana ku tahu, tak sedikitpun cinta yang tumbuh di hatimu. kKarena mungkin mereka menertawai kebodohanku memberi waktuku untukmu. Namun hatimu tidak pernah memilihku. Hanya itu yang dapat ku lakukan. Ketulusan cintaku selalu membuatku bertahan. Tak ingin ku dibiarkan kau hidup dalam kesendirian. Meski semua terlihat sebagai kesia-siaan, aku takkan berhenti tuk temukan sebuah harapan. Dimana kelak kita kan dipersatukan. Dan hanya kematian yang dapat memisahkan.


 Aizan Liana Ahmad

Ingin buat ucapan ini buat orang yang saya sayang & cintai. Kamarul yang berada di Kuala Terengganu dengn ucapan.. Abg, walaupun jarak memisahkan kita.. Namun sayang tetap akan setia menunggu abg disini. Biarpun kita tidak pernah lagi bersua muka.. Namun bukan penghalang untuk kita menyemai cinta, asih serta sayang. Biarpun perkenalan kita hanya melalui group Suria Cinta di FB. Namun sayang amat-amat hagai ketulusan abang menerima diri ini. Salam cinta dari kejauhan untuk mu abang.


Citiey Islam

Tidak perlu memilih yang terlalu sempurna untuk dijadikan pedamping. Jangan terlalu memandang kepada darjat untuk dibanggakan saat bersamanya tetapi carilah yang sederhana pada hidupnya namun mewah pada agama dan akhlaknya.


Rabia Al-Yahya

Cuba untuk bertahan, cuba untuk kuat dan tabah, namun selama mana mampu bertahan bila hati ini dihimpit oleh kerinduan yang tak pernah padam. Rasa kekesalan yang mengunung.. dan kehingan malam menjadi oendengar setia saat hati dan jiwa menangis meratapi segala yang pernah terjadi. Ku akui kadang etrdetik rindu pada mu. Rindu pada tiap kenangan kita bersama dan sungguh aku tak mampu membohongi dirku bahawa masih ada cinta buat mu. Tapi kerana keegoanku aku melepaskan mu, membiarkan cinta di hati ini mati, tanpa berusaha untuk terus bertahan hingga perpisahan ku pilih pada pernghujungnya.


Rabiey Aretul

Ucapan untuk Azizul Ali yang sedang bertugas di Kelantan. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya. Tanpa jemu memberi nasihat & bimbingan kepada diri ini. Ingatlah.. Diriku sentiasa ada untuk dirimu.. Cinta itu hadir tanpa diduga dan diminta. Bila ia hadir, semai dan jagalah ia dengan lasih dan sayang yang tulus dan ikhlas. Dari Rabiatul, Muar, Johor.


Joe Kembara

Aku tak mampu menipu diri ku sendiri lagi sebenarnya aku sedang kecewa. Aku tak mampu lagi untuk terus tersenyum sedangkan aku dalam derita tanpa cintanya lagi. Aku sangat kecewa kerana cinta didusta.


Abd Razak JS

Di kala sepi aku merindui mu dikala gembira terkenagkan dirimu, Mengapa diriku tak dapat lupakan dirimu walaupun ku cuba untuk melupakan dirimu dan jua ku cuba untuk membenci mu sayang. Itu yang ku mahu tapi diriku tak berdaya untuk melakukan. Semakin ku cuba semakin kuat rindu pada mu sayang. Pulanglah pada ku sentiasa hati ku terbuka untuk dirimu tiada insan lain yang bertempat dihati ini.


Ellyshah Rs

Tiada kash yang manis dari kasihnya. Cinta dan tiada kasih yang ngeri dari putus cinta. Orang yang putus cinta seringkali berakhir dengan linangan airmata. Hidup tanpa pengorbanan adalah satu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih sayang adalah satu pengkhianatan. dan dari itu abadikanlah kasih sayang dalam menemui erti kebahagiaan. kenangan yang terindah dalam setiap pertemuan yang membawa kerinduan.


Gaigen Zoela Encem

Bait-bait cinta yang kau lagukan buatku seperti cinta kita dahulu, Kau ukirkan mengikut alunan suara hatimu, berpisah dek waktu tidak mengugat kesetiaanmu menantiku, hadirlah kembali kini memberikanku harapan baru. Namun bergitu, harapan itu tidak akan aku berikan, kerana tidakku mahu darah itu mengalir tanpa warna, hatiku terguris tanpa rasa. Tuhan itu untuk dipercaya, jodoh itu suatu ketentuan, andai disitu terukir nama kau dan aku ke jannah jua akhirnya kita.


Miera Umi

Kerana terpaksa aku melepaskan kau pergi dengan hati yang berat. Kau tidak lagi berpaling ketika kau melangkah. ku pasrah walauhati aku terseksa. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Allah aturkan 1 pertemuan antara kita kerana takdirnya. Takdir yang mengubah hidup kita. Allah juga aturkan 1 perpisahan untuk kita. Perpisahan yang mengajar kita supaya bersangaka baik terhadapnya. Mengajar kita supaya redha dengan takdirNya.


Qaehku Ros Ros

Menggapai kerinduan dipuncak. kesepian bagai mengejar bayang yang kian menghilang, simfoni kasih erus subur dipohon cinta tanpa kelayuan.


Fendy

Ucapan salam rindu & sayang saya tujukan kepada Norain (Ain) yang berada di PJ. Terima kasih sayang. Susah senang kita harungi bersama. Biar pun kita jauh di mata. Namun kau tetap di hati setiap hembusan nafas ku. Kaulah di hati & sanubari. Dengan izin tuhan kita kan disatukan suatu hari nanti. Salam rindu dari sayang mu yang jauh dimata dekat di hati.


Ira dari Kedah

Ucapan untuk emy ayng berada di Penang. maafkan ayang abang. Ayang tak mampu melupakan abang. Selepas apa yang selama ini kita lalui bersama, namun ayang tau, ayang bukan yang terbaik untuk abang. Andai ada kesempatan, ingin ayang betulkan seiap kesilapan. Ayang sayang abang. Maafkan ayang.


Nurnazila

Biarku rawat nya sendiri hati ini tiada kata yang indah lagi dari bibirnya tiada tiada lagi ucapan kasih sayang terhadapku. Siang malam ku mohon padanya agar dia memperolehi kebahagiaan. Dunia akhirat ku redha atas semuanya yang terjadi pada diriku selama ini.


Yaya

Ku merinduimu. Dimana dirimi membawa diri, pulanglah wahai sayangku. Ku disini sentiasa menantimu hingga hujung nafasku. Ku tak sanggup kehilangan dirimu.


Azjir

Resah gelisah hatiku memikirkanmu. Rindu ini seakan membelenggu. Namun ku tak kuasa meluahkan rasaku. Seakan terpatri dalam ruang sepiku. Hanya linangan air mata membasahi wajahku. Di kala memandang photomu. Wajah yang amat ku rindu. Basah oleh air mataku. Ingin rasanya ku bertemu. Meluahkan rasa rinduku.Namun kau jauh dari pandangan mataku. Dan tak mungkin bisa terjangkau oleh tanganku.


Kasih Abadi

Jujur itu di hati. Memang sukar untuk dibukti. Andai tidak dimiliki. Entah apalah erti. Hanya membuat perdih hati. Jujur bukan sekadara untuk menjaga hati. Ia umpama azimat penguat iman di hati. Jika jujur dipandang sepi. Hilanglah percaya pengikat hati. Palsulah segala kasih sayang sejati. Bersama menii titian cinta Ilahi.


Rockgarden

Kisah silam amat memeritkan. Lagi dikenang makin menyakitkan. pedih memedihkan. Namun apakan daya ku harus tempuhi dan melupakan seglanya. Kekasihku dimanara Ukays. Mengingat segala.. Memori.


Aesya

Nak buat ucapan sikit ni, untuk kekasih hati Mohd Ali Imran bin Ramli yang berada di KL, terima kasih abang sebab abang dapat teirma sayang seadanya. Terima kekurangan diri sayan, baik buruk sayang. Sayang rasa bahagia sangat, rasa dihargai. Terima kasih sebab hadir dalam hidup sayang. Bagi sayang, bukan paras rupa jadi ukuran, bukan harta benda yang jadi pandangan sayang. Cuma hati yang ikhlas yang sayag perlukan. Cuma hati yang ikhlas yang sayang perlukan. I love you, Abang.


Faris Adly

Mengapa sering ditinggalkan sedangkan hati baru mula sayangkan? Adakah hati ini layak diperlakukan seperti itu? Jika ia benar apa yang dikau lakukan itu? Aku melepaskan dirimu walaupun terpaksa.


Haimin Min

Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan seseorang. Tapi aku malu nakluahkan perasaan aku. Apa harus aku cakap dengan dia. Sedangkan aku ni pemalu orangnya. Aku harap aku dapat juga luahkan isi hati aku padanya dan aku harap juga dia akan terima aku dengan seadanya. Tolong doa kan kami berdua. Agar kami dapat bersama.


Halaman Rasa

Bukan ingin kembali, hanya mengenang sebuah janji. Cinta bisa datang kapan saja. Pun rindu bisa berlabuh semahu kapan dia meminta. Hanya sebuah janji yang tertulis di sini. Pengharapan rasa yang melebur bersama bias pelangi. Bersama seksa rasa yang terus terpatri.


Mohd Zairi

Sayang mencari seseorang yang pernah terluka hatinya jadi dia tahu macam mana rasanya bila diluka dan dia pasti akan cuba untuk menjaga hati saya agar saya tak rasa apa yang pernah dia rasa.


Ema

Kak Lin saya sedih sangat. Pecintaaan saya kini dihempas badai. Cinta yang terjalin diantara kami tak mendapat restu dari orang tua dia. Padahal mak dengan kakak dia yang beria nak jodohkan kami. Tapi setelah hati saya dan hatinya dah terpaut tiba-tiba diorang yang menghalang. Kenapa, kenapa dan kenapa? Abg, saya tahu kini abang tersepit antara hati dan tanggungjawab abang sebagai anak. Maafkan saya. Saya takkan desak abang. Abang buatlah apa yang patut. Saya pun tak nak jadi duri dalam family abang. Saya percaya semua akan indah bila dah tiba masanya.


Zaini

Awak.. Maafkan aku kerana aky membuat keputusan tepat dan sengaja aku memberi tahu pada awak tadi. Di whatsapp mu. Kerana aku tiada tergamak membohong pada mu. Bawa aku akan bertunang dengan seseorang. Lagipun aku tidak mahu kau mengharapkan aku dan aku tidak mahu melukai hati seorang insan yang ku kenalinya sudah lama di ruangan Suria Cinta juga setelah aku gamati dan fikir biarlah aku memilih dia menjadi suri teman hidupku.