Bila
Isnin - Jumaat 6.00 pg - 10.00 pg

Suria Pagi

 

Mulakan pagi anda dengan penuh keceriaan dalam Suria Pagi bersama Zulin Aziz, Fizi Ali dan Halim Othman. Bangun seawal jam 5 pagi hingga 10 pagi untuk mendengar celoteh penyampai setiap Isnin hingga Jumaat.

SEGMEN MENARIK SURIA PAGI   (Setiap Isnin hingga Jumaat)

TERBAIK @ SURIA PAGI : Ulangan ‘Suria Pagi’ semalam.

APA DAH TERJADI? DAH KENAPA? : Isu yang trending di laman sosial, blogs mahupun laman sosial Suria FM.

REPLY – SURIA PAGI : Ulangan perbualan terbaik semalam.

CARTA 3 D : Memainkan lagu-lagu dalam Carta 3 D yang diambil dari tahun 90-an, 2000-an dan 2010-an.

MUTIARA KATA : Berkongsi banyak perspektif daripada petikan-petikan yang terkenal. Pemikiran yang positif atau negatif. Mesej yang mudah difahami melalui quote dari sesebuah drama. Kongsi pengalaman mereka.

SURAT KHABAR BARU : Penyampai akan bacakan tajuk utama yang diambil dari akhbar tempatan.

PANIK KE IDOK : Berikan 6 jawapan  dalam masa 6 saat.

SERIBU SEMINIT : Jadi pemanggil pertama terpantas dan pendengar perlu menjawab 10 soalan dengan betul dalam masa 1 minit dan kalau berjaya, RM100o menjadi milik anda. Untuk menyertai, pandengar perlu menelefon 03-77242115 selepas mendengar bunyi isyarat memanggil.

JOM BORAK (Isnin, Selasa & Khamis)Setiap hari topik-topik yang berbeza akan dibincangkan. Anda boleh menelefon studio SuriaFM 03-77242115 jika nak berkongsi mengenai topik tersebut. Juga boleh kongsikan di FB @suriafmmalaysia, Twitter @suriafmmalaysia atau di Wechat ID SuriaFM.

TETAMU ISTIMEWA (Rabu) : Setiap hari Rabu, geng Suria Pagi akan menjemput artis ke studio Suria FM untuk ditemu ramah.

NAK TAHU TAK (Jumaat) : Berkongsi pengalaman yang telah berlaku.

POWER KE IDOK : Pendengar Suria FM perlu meneka tajuk filem atau lagu yang akan dimainkan oleh penyampai Ceria Pagi.

KITA JUAL, AWAK BELI : Pantun 2 kerat atau 4 kerat. Setiap daripada mereka mempunyai 10 saat sahaja!

PERBUALAN TERBAIK : Ulangan perbualan terbaik dari jam 6 pagi hingga 9 pagi.

Suria Pagi dicantikkan oleh Putih Collagen & Glow Glowing keluaran Glow Glowing. Cantik Weyy..