Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 14th, 2017          |          Kategori : Terkini

Abang Tiri Pemimpin Korea Utara Dibunuh Di Malaysia

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Berita YonHap dan media Korea Selatan, abang tiri pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong-un telah dibunuh di Malaysia.

pg-28-kim-jong-un-getty2

Memetik dari sumber kerajaan Korea Selatan, Kim Jong-nam terbunuh pada pagi Isnin di Malaysia tetapi masih belum memberikan butiran lanjut mengenai hal tersebut.

Rangkaian kabel televisyen TV Chosun melaporkan Kim diracun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh dua wanita dipercayai perisik Korea Utara.

Polis Malaysia memberitahu Reuters bahawa seorang lelaki warga Korea Utara yang tidak dikenal pasti meninggal dalam perjalanan dari KLIA ke hospital.

Walau bagaimanapun, identiti lelaki berkenaan masih belum disahkan.

Sumber : mStar