Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  March 20th, 2017          |          Kategori : Terkini

Aiman Hakim Redza Luah Perasaan Terhadap Bekas Kekasih, Fathia Latiff

Sudah hampir setahun lebih hubungan percintaan antara Aiman Hakim Redza dan Fathia Latiff yang dahulunya terjalin selama empat tahun terputus ditengah jalan yang didakwa berpunca dari orang ketiga.

Hati manusia pasti tidak dapat dijangka walaupun sudah berpisah berbulan-bulan lamanya, sudah pasti mesti ada sedikit perasaan yang tidak dapat diungkapkan terhadap bekas pasanganya.

diandra_93

Ini yang terjadi terhadap Aiman Hakim Redza yang tidak malu untuk mengaku beliau masih mempunyai rasa sayang terhadap Fathia dan bukan mudah untuknya melupakan wanita yang pernah singgah ke hatinya semalam empat tahun itu.

Jom kita baca antara luahan Aiman terhadap bekas kekasihnya itu.

“Kami masih berkawan. Adalah sekali kami bertemu selepas putus cinta. Bagaimanapun, kami selalu juga berborak dan bertanya khabar menerusi telefon. Saya masih menyanyanginya sebagai kawan. Saya tetap mengambil berat mengenainya. Bagi saya, Fathia ialah wanita yang cukup sempurna. Saya belajar benyak perkara mengenai kematangan hidup dengannya.

“Saya boleh anggap pengalaman percintaan bersamanya sesuatu yang sangat manis, Fathia banyak membuka minda dan berkongsi pengalaman hidup dengan saya. Sampai hari ini pun, saya belum berupaya melepas dan memulihkan perasaan saya sepenuhnya. Saya memang tidak buat kenyataan selepas putus dengannya kerana saya menghormatinya.

“Saya rasa tidak perlulah orang luar mengetahui apa yang berlaku, cukuplah sekadar kami berdua sahaja. Saya juga perlu menjaga hati keluarga saya dan Fathia. Jadi biarlah kisah cinta kami disimpan di lubuk hati paling dalam.”

img_0093

Apa yang boleh dikatakan, walaupun sudah berpisah tetapi mereka berdua masih bersikap professional tanpa ada sebarang dendam.

Yela, ada sesetengah pasangan bila sudah putus terus tidak mahu berjumpa apatah lagi bertanya khabar kan? Ehh jangan ada yang terasa!

Sumber : BH Online