Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  March 15th, 2017          |          Kategori : Terkini

Amyra Rosli Hamil 7 Minggu Selepas Mengalami ‘Tanda’ Itu

Siapa sangka akibat sakit perut itu membawa petanda baik buat pasangan suami isteri Amar Baharin dan Amyra Rosli apabila doktor telah mengesahkan bahawa kesakitan yang dilanda oleh Amyra itu adalah kerana beliau sedang hamil tujuh minggu.

15095115_324503684600986_960851411700676336_n

Hal itu telah disahkan oleh Amar sendiri yang pada mulanya beliau agak risau dengan keadaan isterinya apabila Amyra kerap memberitahu bahawa perutnya sakit sehinggakan Amar terus membawanya ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.

“Alhamdulillah, doktor baru mengesahkah Amyra hamil tujuh minggu malam tadi (Selasa) selepas kami buat pemeriksaan sepenuhnya termasuk imbasan. Sebenarnya saya sedar sejak beberapa minggu lalu dia mengalami simptom-simpom kehamilan, namun kami belum sempat buat pemeriksaan sehinggalah malam tadi dia mengadu sakit perut.”

7n_amyraroslikuncimulut00

Apa yang difahamkan, doktor juga telah menasihati agar Amyra perlu mendapatkan rehat yang cukup selama dua minggu demi kebaikan kandungannya.

“Buat masa ini doktor menasihatkan agar Amyra berehat selama dua minggu untuk memastikan kandungannya benar-benar kuat. Mungkin selepas ini dia akan berehat sementara daripada bidang lakonan. Untuk menjadi pengacara pula, bagi saya tiada masalah kerana kerja itu lebih ringan dan tidak mengambil masa yang panjang.”

Dalam masa yang sama, akaun Instagram milik dua selebriti ini dihujani dengan pelbagai komen yang turut gembira dengan berita ini selain ada yang mendoakan agar Amyra diberikan kesihatan yang baik sepanjang proses kehamilan.

Kami di SURIAfm juga turut tumpang gembira apabila mendapat tahu tentang berita kehamilan Amyra. Semoga Amyra terus diberikan kesihatan yang baik.

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ الصَّالِحِينَ #KauAkudanDia #Amyramar

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

🍼 #Amyramar 🍼

A post shared by Mrs Amar (@aamyrarosli) on

Sumber : mStar