Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 6th, 2016          |          Kategori : Terkini

Anggota JPJ Tidak Sempat Tahu Isteri Hamil Anak Kembar Sebelum Menemui Ajal

Anggota JPJ yang maut digilis treler bulan lepas, Mohd Ridzuan Md Yusop tidak sempat mengetahui isterinya hamil dengan anak kembar mereka.

Menurut isterinya, beliau juga baru sahaja mengetahui dirinya hamil dengan anak kembar setelah membuat pemeriksaan baru-baru ini dan arwah suaminya terlalu menginginkan seorang anak lelaki memandangkan mereka hanya mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia 4 tahun.

“Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan suami lebih-lebih lagi di saat kehamilan, namun saya perlu terus kuatkan semangat demi meneruskan hidup.”

Beliau memberitahu bahawa dia sedang cuba mengetepikan perasaan sedih yang bertandang dengan beranggapan bahawa arwah suaminya itu pergi bekerja memandangkan mereka hanya berjumpa pada hujung minggu akibat lokasi kerja arwah suaminya itu terletak di Selangor.

“Setiap malam air mata saya mengalir apabila mengenangkan saya tidak lagi dapat mendengar suara apatah lagi menatap wajahnya. Namun saya percaya kepada perancangan dan peraturan yang telah ditetapkan untuk saya.”

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kami di SURIAfm sentiasa mendoakan agar keluarga ini sentiasa dilindungi dan diberkati. 

Sumber : mStar