Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  November 30th, 2016          |          Kategori : Hiburan

“Bagilah Orang Masuk Jarum Dulu. Masalah Betul” – Datuk Red

Sebelum ini kisah diantara pelakon kecil molek, Ruhainies dan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pernah mencetuskan kontroversi yang hangat apabila beberapa keping gambar mesra mereka berdua tersebar di media sosial.

Yang paling membuatkan netizen marah apabila Datuk Red telah berlaku curang terhadap isteri pertama dan keduanya, Adira. Disebabkan kontroversi yang pernah meninggalkan kesan terhadap Ruhainies, beliau mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Datuk Red lagi.

“Sejak daripada kontroversi itu memang tiada apa-apa projek, tiada lagi hubunginya. Kalau boleh saya elakkan sebab sudah berlaku benda macam itu. Kalau kerjasama lagi akan jadi isu lain pula lepas ini. Jadi saya tak mahu dan elak daripada benda ini timbul. Saya akan tolak untuk bekerjasama lagi dengan beliau.”

Datuk Red juga pernah membuat pengakuan tentang minatnya terhadap Ruhainies dan ingin mengenali pelakon itu dengan lebih mendalam tetapi hanya sia-sia apabila gambarnya yang merangkul pinggang Ruhainies tersebar ketika itu.

“Ruhainies ini otak berniaga. Saya suka dengan dia walaupun dia baru dalam bidang ini. Tetapi saya tidak tahu ‘toyol’ mana yang ambil gambar itu. Orang itu pergilah rakam video Katy Perry atau Brad Pitt. Ini saya yang dia pergi cari. Bagilah orang masuk jarum dulu. Masalah betul mereka ini. Kalau tidak, akan jadilah projek itu. Bila jadi projek itu, ikatan kasih sayang tersemailah di situ. Situasi menang-menang.”

Ruhainies juga memberitahu bahawa dia sudah serik untuk berurusan dengan Datuk Red kerana sikap beliau yang tidak serius ketika melakukan pekerjaan. 

“Mahu kesian pun nak buat macam mana, beliau kena faham. Banyak lagi artis lain yang beliau boleh ambil selain saya. Sebab suka, itu yang saya nak elakkan. Kalau suka-suka ini saya tak mahulah sebab saya muda lagi. Bila kerja, saya nak kerja sahaja. Tak mahu ada isu peribadi dicampur adukkan. Kalau nama naik sebab macam itu, itu naik sebab negatif. Saya tak mahu macam itu. Saya mahu nama saya naik dengan cara positif.”

Tak apalah Ruhainies, jangan ia sebagai pengajaran untuk diri sendiri ye. Yang penting, suka tengok Ruhainies happy sekarang dengan si dia. Stay strong Ruhainies!

Sumber : Malay Mail Online