Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  March 16th, 2017          |          Kategori : Terkini

Kamal Adli Jelas Punca Kenapa Wanita Akan Meninggalkan Lelaki Jika….

Sebelum ini nama pelakon Kamal Adli sering terpalit dengan hal-hal percintaan yang selalunya menemui ‘jalan mati’ apabila hubungannya terkandas di tengah jalan.

7n_kamaladlinafihubungan00

Walau bagaimanapun, Kamal tampil dengan membuat pengakuan bahawa Emma Maembong telah banyak mengajarnya untuk lebih menghargai wanita dan jangan sesekali mengabaikan seseorang yang kita sayang.

Jom kita baca pengakuan dari Kamal sendiri tentang hal ini:

“Emma membuka mata saya untuk menjadi lelaki yang bersyukur dan menghargai kehadiran pasangan kita. Janganlah pada awal perkenalan saja kita bersungguh-sungguh cuba mengambil hati dan selepas berada di zon selesa, kita mengabaikan dirinya. Itulah diri saya sebelum ini. Percayalah, jika seorang lelaki sentiasa menghargai dan prihatin terhadap pasangannya, si dia takkan meninggalkan dirinya.”

Apabila ditanya tentang hal percintaan beliau bersama Emma, Kamal menjelaskan bahawa beliau lebih selesa jika hubungan mereka tidak menjadi perhatian.

7n_emmamaembongbimbang00

Bukan itu sahaja, Kamal juga seperti redha dengan apa yang bakal terjadi dan beliau pasti perancangan DIA lebih baik dari segala-galanya.

“Kami menjalinkan hubungan yang matang dan tiada sorok-sorok. Jika ada jodoh, kami menerimanya. Cuma, kami rasa lebih selesa andai perhubungan ini kurang menjadi bualan ramai. Apatah lagi ada segelintir pihak yang suka membandingkan pasangan pelakon lain dengan kami. Takut nanti orang benci pula.”

Apa yang boleh kami di SURIAfm pesan, kalau betul Kamal memang cintakan Emma dan sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami, masuklah meminang. Buat apa bercinta lama-lamakan? Ehh.

Apa-apa pun semoga hubungan Kamal dan Emma sentiasa dalam keadaan baik dan berterusan sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber : BH Online