Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 17th, 2017          |          Kategori : Hiburan

‘Kenapa Perlu Serang Fattah?’ – Neelofa Tuju Soalan Untuk Bakal Abang Ipar, Sharnaaz Ahmad

Gara-gara tindakan bakal abang ipar Neelofa iaitu Sharnaaz Ahmad yang telah menyerang Fattah Amin menerusi akaun Twitternya sebelum ini telah mendapat pelbagai kritikand an hentaman dari netizen.

7n_sharnaaztimbapengalaman00

Apa yang paling memburukkan keadaan apabila ada netizen yang mendakwa keluarga Neelofa telah mengambil keputusan yang salah dengan mengizinkan Sharnaaz Ahmad untuk menjadi ahli keluarga mereka.

Kali ini, Neelofa sendiri selaku heroin kepada Fattah Amin menerusi drama ‘Suria Hati Mr Pilot’ telah tampil dengan kenyataan bahawa beliau tidak sama sekali bersetuju dengan tindakan Sharnaaz Ahmad itu.

pose-menggoda-neelofa

Menurut Neelofa sebagai seorang selebriti, Sharnaaz harus bersikap profesional dan jangan begitu lantang ketika meluahkan pendapat mahupun emosi di media sosial.

fatahamin

Tambahnya lagi, Sharnaaz seharusnya mengambil tindakan terhadap pihak luar yang sengaja ingin mencetuskan pergaduhan antara beliau dan Fattah, bukan dengan cara menyerang Fattah.

“Kenapa perlu serang Fattah? Kenapa tidak menyerang orang yang melaga-lagakan mereka? Tak adil untuk Fattah sebenarnya. Saya harap per­kara sebegini tidak akan berlaku lagi kerana tempiasnya kena pada kami sekeluarga juga. Ambil iktibar dan pengajaran.”

Apa yang dapat dikatakan, tidak salah jika anda ingin meluahkan pendapat tetapi perlulah menjaga adab dan sensitiviti seseorang itu. Jangan terlalu lantang jika tidak mahu dipulaukan oleh peminat sendiri.

Sumber : Utusan Online