Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 26th, 2016          |          Kategori : Hiburan

“Nilai Sendiri Pihak Mana Yang Bermasalah Sebenarnya” – Kecik (Hyper Act) Komen Isu Disingkirkan

Baru-baru ini, vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Kecik berkata penyingkirannya yang diumumkan secara mengejut di Instagram disebabkan masalah dalaman pengurusan kumpulan iaitu Hype Beat.

c389ynw6_400x400

Apa yang difahamkan, keputusan itu bukan berpunca daripada konflik antara dirinya dan ahli kumpulan atau dakwaan isu disiplin seperti yang digembar-gemburkan.

“Perkara ini memang sahih dan saya mengumumkan keputusan itu petang ini (Ahad) kerana diminta oleh mereka (pengurusan) selepas empat atau lima bulan konflik dalaman. Mereka mungkin boleh cakap apa saja kononnya saya ini bermasalah, tiada disiplin, bergaduh atau apa saja. Saya tiada apa hendak ulas lanjut dan biarlah saya simpan saja.”

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Kecik disingkirkan kerana isu pergaduhan dengan vokalis kumpulan Superchild iaitu Zwen yang turut bernaung di bawah pengurusan sama.

image122

Bukan itu sahaja, beliau juga didakwa mempunyai masalah disiplin dan menunjukkan prestasi yang merudum sejak beberapa bulan lalu.

“Saya akur dengan keputusan ini dan bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan nanti. Apa pun saya tiada masalah dengan ahli kumpulan itu. Sepanjang bersama mereka saya berusaha untuk memberikan yang terbaik tetapi ada beberapa perkara dalaman dengan pengurusan yang memburukkan keadaan. Rasanya orang boleh lihat dan nilai sendiri pihak mana yang bermasalah sebenarnya apabila dua vokalis kumpulan ini iaitu saya dan Ronnie Hussein sebelum ini disingkirkan begitu saja.”

Pengurus Hype Beat iaitu Faizul memberitahu, pihaknya tidak menafikan ura-ura yang timbul mendakwa Kecik disingkirkan kerana masalah disiplin dan konflik dalaman.

“Memang kami tidak nafikan dia bergaduh dua atau tiga hari lepas dan kurang komited terhadap kumpulan sejak lima bulan lalu. Sebenarnya kami memang hendak umumkan secara rasmi pada minggu depan atau awal bulan depan tapi dia sudah umumkan hari ini. Selepas ini Hyper Act akan bergerak tanpa vokalis sebab konsep kumpulan itu pun bukan menekankan penyanyi tapi muzik dan kumpulan. Perancangan akan datang akan kita umumkan nanti.”

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik antara dua belah pihak. Kecik dan pihak pengurusan juga telah menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi, jadi terpulang kepada peminat untuk menilai sendiri tentang isu ini.

Penulis : Fara Ismail | Sumber : mStar