Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  March 17th, 2017          |          Kategori : Terkini

“Penceraian Adalah Jalan Terbaik” – Zarina Anjoulie

Selepas pelakon Zarina Anjoulie yang dahulunya pernah dihimpit dengan pelbagai kontroversi, beliau terus menyepi tanpa sebarang kontroversi yang melibatkan namanya lagi.

Kini, namanya mula menjadi perhatian ramai apabila beliau sendiri telah mengesahkan bahawa rumah tangganya bersama Pengiran Mohd Ilham Syazwan telah berakhir pada 18 Disember 2016 secara baik.

2-zarina-anjoulie-sudah-berpisah-dengan-suami-rotikaya-700x420

Apa yang difahamkan, faktor utama mereka berpisah adalah kerana keduanya sudah tiada lagi persefahaman dan rumah tangga mereka hanya mampu bertahan selama setahun lima bulan sahaja.

Mari kita baca antara kenyataan dari tuan empunya badan ini sendiri.

“Selepas mengenalinya selama empat bulan, bekas suami datang berjumpa saya dan kami buat keputusan untuk berkahwin. Bagaimanapun kebahagiaan hanya dikecapi selama setahun lima bulan saja dan selepas itu rumah tangga kami mula bergolak.

“Faktor penceraian saya disebabkan usia bekas suami yang terlalu muda ketika berkahwin. Selepas mendapat anak, keretakan rumah tangga kami sukar dibendung dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami.

“Saya sebenarnya mengharapkan yang terbaik daripada perkahwinan ini tetapi apakan daya jodoh saya tak kekal lama.”

Walau bagaimanapun Zarina memberitahu bahawa apa yang terjadi ini tidak membuatkan beliau serik untuk mendirikan rumah tangga lagi sekali jika sudah bertemu dengan lelaki yang sanggup menerimanya.

Kami di SURIAfm mendoakan agar Zarina kuat dan tabah dalam menghadapi apa jua yang mendatang. Soal jodoh ini kita hanya mampu merancang tetapi DIA yang menentukannya.

Sumber : Harian Metro