Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  March 20th, 2017          |          Kategori : Trending

Rapunzel dunia nyata

screenshot_20170320-110234
Pasti ramai yang pernah dengar tentang kisah dongeng Rapunzel, yang menceritakan tentang seorang puteri raja berambut panjang berjela-jela. Malah kisah itu sendiri sudah pernah dijadikan filem animasi.

Namun begitu, di Eropah, di negara Latvia, ada seorang gadis berusia 27 tahun yang mungkin boleh kita anggap sebagai Rapunzel dunia nyata. Gadis yang bernama Alia Nasroya ini mempunyai rambut sepanjang 228 sentimeter!

Dan menurut sumber Barcroft TV, dia memerlukan satu jam untuk menyikat rambutnya. Pada hari dia membasuh rambut pula, dia terpaksa menghabiskan hampir satu hari suntuk untuk mengeringkan rambutnya!

Tambahnya lagi dia harus membawa sebanyak 22 paun syampu, perapi dan juga sikat setiap kali dia mengembara!

screenshot_20170320-110336

Menurutnya, dia terpaksa mengambil masa selama 20 tahun untuk menyimpan rambutnya supaya menjadi sepanjang itu!

Untuk melihat sendiri kepanjangan rambutnya bolehlah lawati akaun instagramnya iaitu aliia_more.

-sumber The Huffington Post