Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 17th, 2017          |          Kategori : Hiburan

“Saya Terima Suami Orang Sebagai Jodoh” – Izreen Azminda

Pelakon cantik, Izreen Azminda menjelaskan bahawa jika jodohnya sudah tertulis bersama suami orang, beliau tidak akan menolaknya.

Bagi beliau, status seorang lelaki itu tidak akan menjamin kebahagian apabila sudah berumah tangga.

“Terus-terang saya memang tak menolak jodoh saya dengan sesiapa pun, asalkan lelaki tersebut mampu menyara saya dan keluarga. Jadi, tak menjadi masalah untuk saya terima suami orang sebagai jodoh. Kahwin dengan orang bujang pun bukan menjamin kebahagian.”

Hasil perkahwinannya beliau bersama seorang jurukamera pada tahun 2012 terhenti ditengah jalan apabila ia berakhir sekitar tahun 2014 dan mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 4 tahun.

Apabila diajukan soalan tentang adakah beliau sedang mengenali hati budi seseorang, Izreen tidak menafikan bahawa ada seorang jejaka yang sudah berjaya menawan hatinya.

“Sekarang memang saya tengah berkenalan dengan seseorang yang saya tidak perlu beritahu apa stastusnya. Selagi belum ada apa-apa kata putus, saya tak akan membuka mulut mengenainya. Saya tak mahulah dipanggil wanita syok sendiri yang sibuk bercerita nak kahwin, tapi akhirnya tak jadi pula. Kami sudah berkenalan selama setahun apa yang boleh saya kata saya perlukan lelaki yang berikan saya inspirasi dan ada beberapa perkara yang dilakukannya membuatkan saya teruja untuk mengenalinya lebih dekat”.

Kami di SURIAfm mendoakan agar hubungan yang terjalin kini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Apa-apa pun jika betul jodoh beliau bersama suami orang, kita tidak boleh melakukan apa-apa selain mendoakan kebahagian mereka.

Sumber : Astro Gempak