Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 17th, 2017          |          Kategori : Hiburan

‘Saya Tidak Mahu Mengandung Lagi’ – Catriona Ross Ambil Keputusan Apabila ……..

Siapa sahaja akan menjadi murung dan tidak bersemangat jika sering diejek dengan pelbagai panggilan gara-gara size badan yang besar.

Ini juga yang terjadi kepada pelakon berdarah kacukan, Catriona Ross apabila beliau sendiri mengakui bahawa pernah mengalami masalah kemurungan sehinggakan ia telah membuatkan beliau menjauhkan diri daripada industri hiburan.

“Ketika itu saya baru ada seorang cahaya mata, tapi mereka menegur saya dengan cara yang memalukan seolah-olah saya sudah mempunyai ramai anak. Perkara itu nampak biasa, tapi ia membuatkan saya tidak yakin dengan diri sendiri dan saya sangat murung.”

Walaupun beliau tidak langsing seperti dahulu tetapi beliau masih berpuas hati dan bersyukur apabila berat badannya berjaya diturunkan sebanyak 17kg dan kini menjadi 58kg.

“Dulu berat saya mencecah 75kg, tapi saya berjaya hilangkan 17kg dalam masa lima bulan dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti bersukan dan kawal pemakanan. Saya lakukan secara semulajadi tanpa bantuan ubat kurus mahupun pembedahan. Saya buat secara ekstrem termasuk aktif sertai aktiviti mendaki gunung kerana tidak mahu proses menguruskan badan berlaku secara perlahan.”

Bukan itu sahaja, beliau juga memberitahu keputusan yang dibuat olehnya untuk tidak hamil lagi adalah mektamad dan mendapat persetujuan daripada suaminya sendiri.

“Saya sudah bersusah payah untuk kurus, jadi cukuplah dengan tiga orang anak…saya tak mahu mengandung lagi. Suami juga bersetuju, bagi kami perancangan keluarga sudah berakhir dan rumah tangga kami bahagia dan cukup meriah.”

Apabila ditanya sama ada apakah reaksi suaminya apabila beliau kini semakin langsing, beliau memberitahu bahawa suaminya itu sudah mula menunjukkan sikap cemburu.

“Sekarang suami seakan sedikit cemburu kerana bila saya tembam dulu, dia tak kisahkan saya pun. Tapi bila saya sudah kurus sikit, dia seakan agak risau. Kini dia banyak bertanya jika saya nak keluar rumah, saya rasa seronok apabila kembali mendapat perhatian suami.”

Tidak dapat dinafikan bukan mudah untuk mendapatkan bentuk badan umpama anak dara apabila sudah menjalani proses kehamilan. Tahniah buat Catriona kerana berjaya menurunkan berat badan sekali gus menutup mulut individu yang pernah mengatanya satu ketika dahulu.

Sumber : mStar