Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 17th, 2017          |          Kategori : Hiburan

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Bakal Failkan Saman Terhadap…..

Sekitar pertengahan tahun 2016 yang lalu, nama pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mula mendapat perhatian ramai apabila ada sesetengah netizen yang mengamuk dengan servis yang dilakukan oleh pihak Elle Zada.

Untuk pengetahuan anda, sehingga ke hari ini pihak Elle Zada masih belum menyelesaikan bayaran kepada Sam dan Syatilla selaku duta kepada jenama tersebut.

Dek kerana isu itu, pasangan yang bakal bergelar ibu ayah ini bakal mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap Elle Zada dalam masa terdekat.

“Ketika kami berkolaborasi dengan label tersebut pada musim perayaan Aidilfitri tahun lalu, ada perjanjian yang telah dipersetujui kedua-dua pihak. Namun entah bagaimana, pihak Elle Zada berhadapan masalah untuk menyiapkan baju yang ditempah pelanggan mereka, sekali gus membuatkan nama baik kami berdua terjejas”.

Apa yang terjadi kepada pembeli Elle Zada telah membuatkan Sam dan Syatilla turut bersimpati kerana mereka terpaksa menjadi mangsa keadaan dan ia membuatkan pasangan ini mengambil jalan alternatif untuk membantu mereka.

“Bagaimanapun, saya bersyukur, selepas insiden ini berlaku, ia memberi inspirasi dan dorongan kepada kami untuk membuka sendiri butik SamSyatilla yang baru beberapa bulan beroperasi. Ejen dan stokis. Elle Zada kami ambil dan serapkan di bawah butik SamSyatilla supaya mereka tidak rasa begitu terkesan atas situasi yang terjadi”.

Ramai yang telah tersalah anggap dengan Sam dan Syatilla apabila hal ini terjadi kerana ramai yang menganggap label pakaian itu milik pasangan ini.

Apa yang boleh dikatakan, kepada pihak Elle Zada supaya menjalankan tanggungjawab untuk membayar bayaran kepada Sam dan Syatilla kerana mereka berdua juga telah menjalankan tugas mereka untuk mempromosikan label pakaian Elle Zada.

Sumber : Utusan Online