Ke Udara
105.3fm - Lembah Klang 106.9fm - Perlis, Kedah, Pulau Pinang 91.7fm - Taiping 96.0fm - Ipoh 102.4fm - Kuala Terengganu 106.1fm - Kota Bharu 96.1fm - Kuantan 88.5fm - Melaka, Johor Utara 107.0fm - Seremban 101.4fm - Johor Bharu 105.9fm - Kota Kinabalu CHNL 956 - HYPPTV

Ceria Pagi Di Suria - Adibah Noor & Baki Zainal

Terma Syarat Am Peraduan

Star Radio Group tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan yang dialami sewaktu menggunakan laman web ini. Walaubagaimanapun, segala langkah bagi tujuan keselamatan pengguna akan sentiasa diambil kira bagi memastikan tidak terdapat sebarang maklumat atau data yang boleh memudaratkan pengguna laman web ini. Kepada mereka yang  melanggar syarat yang telah ditetapkan, pihak Star Radio Group mempunyai hak untuk menarik balik hadiah yang dimenangi dan peserta itu tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh Star Radio Group [terdiri daripada Star Rfm Sdn Bhd (Red FM, 988), Rimakmur Sdn Bhd (Suria FM) dan Capital FM Sdn Bhd (Capital FM)].

Pendengar yang ingin menyertai sebarang peraduan atau dedikasi sama ada melalui web atau khidmat pesanan ringkas (sms) atau talian terus ke udara, perlulah mendaftar sebagai VIP Star Radio Group. Perlu diingatkan bahawa pendaftaran sebagai VIP Star Radio Group hanyalah sekali sahaja melalui satu nombor telefon bimbit. Pendaftaran melalui nombor telefon bimbit yang berbeza perlu mendaftar setiap nombor tetapi pemenang hanya layak menang satu hadiah pada satu-satu masa atau tempoh walaupun melalui nombor yang berbeza.

Terma dan Syarat hendaklah dipatuhi dan diikuti oleh mereka yang ingin memasuki mana-mana peraduan, tetamu yang diundang yang dikendalikan oleh Star Radio Group, penaja atau mana-mana syarikat, stesen radio atau laman web yang dimiliki atau dikawal (secara langsung atau tidak langsung) dengan RedFM dan stesen lain yang dikendalikan oleh Star Radio Group (Red FM, Capital FM, Suria FM, 988) dari semasa ke semasa.

Sebarang peraduan yang dianjurkan oleh Star Radio Group adalah tertakluk kepada terma dan syarat di bawah:-

(1) Seseorang individu adalah tidak berkelayakan untuk menyertai dan/atau memenangi Pemberian Hadiah ini jika individu tersebut:

a. Telah memenangi wang tunai (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 100 atau kurang, dalam tempoh (30) hari sebelum pemberian hadiah ini.

b. Telah memenangi wang tunai (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 101 – RM500 dalam tempoh (60) hari sebelum pemberian hadiah ini.

c. Telah memenangi wang tunai (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 501 – RM1000 dalam tempoh (90) hari sebelum pemberian hadiah ini.

d. Telah memenangi wang tunai (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 1001 – RM9,999 dalam tempoh (6) bulan sebelum pemberian hadiah ini.

e. Telah memenangi wang tunai (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 10,000 ke-atas dalam tempoh (1) tahun sebelum pemberian hadiah ini.

(2) Sekiranya anda memenangi lebih daripada satu (1) hadiah dalam tempoh yang ditetap di atas, anda hanya layak untuk menang/menebus hadiah untuk peraduan yang terawal sahaja. Anda tidak berhak untuk memilih hadiah dari apa yang ditawarkan.

(3) Hadiah hendaklah dituntut selepas tamat tempoh peraduan dan dalam tempoh yang dinyatakan dari tarikh pemberitahuan (jika ada). Pemenang dinasihatkan untuk menghubungi Bahagian Hadiah jika tiada panggilan balas daripada Bahagian Hadiah Star Radio Group.

(4) Hadiah hendaklah dituntut dalam tempoh 3 bulan (kecuali Tiket Wayang, Baucar Bermusim, dan hadiah yang melibatkan wang tunai, pembayaran (cek) akan dibuat dalam masa 6 bulan selepas tarikh peraduan berakhir.) Selepas tempoh tersebut, hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan tanpa sebarang notis pemberitahuan. Adalah difahami bahawa Star Radio Group memiliki hak mutlak ke atas hadiah-hadiah yang tidak dituntut. Star Radio Group tidak akan membuat sebarang pemberitahuan kepada para pemenang berkenaan baki tempoh yang tinggal. Pemenang mempunyai tanggungjawab mutlak menuntut hadiah-hadiah yang dimenangi di dalam tempoh yang dinyatakan diatas.

(5) Hadiah-hadiah yang mempunyai tarikh luput seperti barang makanan, baucar, tiket wayang , kapal terbang, penginapan hotel dan lain-lain yang berkenaan seperti yang tertera di laman web Star Radio Group, mempunyai jangka masa tebus hadiah yang SINGKAT mengikut tarikh luput yang ditetapkan. Pemenang disarankan untuk peka dan menebus sebelum tarikh luput tersebut.

(6) Sebarang hadiah-hadiah perlu dituntut secara sendiri oleh pemenang pemenang kecuali atas notis yang diberitahu terlebih dahulu. Semasa menuntut hadiah, pemenang dikehendaki untuk menunjukkan pengenalan diri dan butiran hendaklah sama seperti butiran pemenang. Sebagai contoh, kad pengenalan, lesen memandu dan passport.

(7) Hadiah-hadiah hendaklah ditebus sendiri oleh pemenang kuiz radio, di Pusat Membeli-belah Tropicana City, butiran seperti berikut :-

  • Hari : Selasa & Khamis sahaja
  • Masa : 1:00 tengah hari hingga 3:00 petang
  • Tempat : Tingkat 2, Tropicana City Tower, No.3, Jalan SS20/27, 47400 Petaling Jaya, Selangor

(8) Pihak stesen radio juga TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan kourier atau pos untuk penghantaran hadiah. Hadiah mestilah ditebus oleh pemenang sendiri di pejabat Star Radio Group seperti di atas.

(9) Pihak stesen radio juga tidak akan membuat sebarang panggilan kepada pemenang kuiz, sebaliknya untuk menyemak senarai pemenang, anda perlulah melayari laman web www.suriafm.com.my atau menghubungi Bahagian Hadiah Star Radio Group di talian 03-7885 1188 atau faksimili 03-7885 1053 (Fax). Oleh itu, butiran diri hendaklah diberikan sepenuhnya sewaktu menyertai peraduan di Star Radio Group.

(10) Untuk sebarang maklumat pertanyaan mengenai hadiah yang dimenangi, pemenang harus mempunyai maklumat seperti; jenis hadiah yang anda menang, tarikh menyertai kuiz, masa serta segmen melalu beberapa cara iaitu laman web www.suriafm.com.my atau menghubungi Bahagian Hadiah Star Radio Group di talian 03-7885 1188 atau faksimili 03-7885 1053 (Fax).

(11) Menebus hadiah bagi pihak orang lain tidak dibenarkan sekiranya tiada disertai dengan dokumen yang berkenaan.

(12) Pemenang dikehendaki untuk memberikan semua butiran kepada penyampai bertugas sewaktu menyertai peraduan di udara seperti Nama, Umur, Alamat Surat-menyurat Lengkap, Nombor Telefon Bimbit, dan Nombor Kad Pengenalan. Sila pastikan anda telah mendaftar sebagai VIP Suria FM melalui sms.

(13) Sila ambil maklum bahawa, Anda/Ahli Keluarga @ Ahli Rumah tidak boleh menang lebih daripada satu hadiah dalam tempoh 30 hari. Sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu, secara automatik, penyertaan anda akan dibatalkan.

(14) Sila baca dan fahami terma & syarat peraduan di lawan web Suria FM sebelum anda menyertainya sebarang peraduan yang dianjurkan. Pendengar yang menyertai peraduan di Suria FM/ Star Radio Group akan diklasifikasikan sebagai telah membaca, memahami dan bersetuju sepenuhnya dan terikat dengan Terma & Syarat Peraduan di Star Radio Group. Keputusan juri adalah muktamad.

(15) Pihak Star Radio Group berhak untuk menyenarai hitamkan selama 1 (satu) tahun kepada pemenang yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan serta tertakluk kepada pemenang bersiri yang berulang kali melanggar peraturan.

(16) Pihak Star Radio Group berhak untuk menukar hadiah atau menggantikan hadiah yang mempunyai nilai yang sama atas sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sebarang aduan tidak akan dilayan untuk hal yang berkenaan.

(17) Sebarang aduan tidak akan dilayan oleh pihak Star Radio Group selepas hadiah ditebus oleh pemenang.

Pihak Star Radio Groupberhak untuk menukar atau menambah terma & syarat mengikut kehendak syarikat. Terma dan syarat yang diumum di-udara atau tidak di-udara (secara lisan) oleh penerbit atau penyampai bertugas atau bahagian promosi, secara automatik sah menjadi terma dan syarat walaupun tidak tertera di ruangan laman web bahagian terma dan syarat ini.

Lain-lain syarat peraduan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Untuk pertanyaan secara online, sila hantarkan pertanyaan anda ke
webmaster@suriafm.com.my

Untuk terma dan syarat perkhidmatan sms di Suria FM, sila ke ruangan SMS Suria FM (33988).